Showing posts with label Fiqh Syabab. Show all posts
Showing posts with label Fiqh Syabab. Show all posts

5/19/2011

Isteri Idaman


Aku ingin membuat pengakuan. Ya, lama sudah aku memendam. Memang tidak dinafikan jiwa seorang belia saat mencecah umur 20-an adalah untuk memiliki seorang teman hidup. 

Itu fitrah. Ia perkara yang tidak boleh disanggah. Namun, mesti ada mujahadah ! Ingin memiliki yang terbaik, kita mesti yang terbaik. Jadi soleh, dapat solehah ! 

Alangkah indahnya ku lihat
berjalan seorang muslimah mukminah
dengan wajah yang ditutupi niqab
dia berjalan penuh tawaddhu'
Langkahnya ibarat seorang pejuang muslimah
yang tenang, yakin, berwibawa, penuh dengan semangat seorang mujahidah
Di sebalik fizikalnya yang menggetarkan jiwa-jiwa
bukan getaran nafsu, tapi getaran keinsafan
untuk mengenal Allah dengan lebih dekat
ada sekeping hati yang dipenuhi setiap ruang dan sudutnya
dengan mengingati Yang Maha Esa
ada seulas bibir yang merah bak delima
sedang asyik mengalunkan kalamullah serta zikrullah
ada sepasang mata yang redup, yang cukup terjaga dari pandangan maksiat
Setiap gerak lakunya cukup menggambarkan keperibadian dirinya 
yang lembut dalam tegas
Kasih sayang jelas terpancar pada sinar matanya, bahasa badannya
yang lahir dari hati nurani yang ikhlas kerana Dia
Tidak keluar dari merah bibir yang sentiasa dihiasi senyuman keimanan
melainkan hikmah, haq, serta mutiara ukhuwwah
Hanya dengan melihat pada perwatakannya, sudah cukup untuk menarik
hati-hati yang lalai dari mengingati Allah
agar segera berfikir tentangNya
Subhanallah... 

Namun, anda tidak dapat memiliki yang terbaik andai anda tidak memberi yang terbaik.   

Life is about what you give. 

Erti hidup pada memberi.

If your ship doesn't come in, swim out to it. 

Sebagai contoh...

Jadilah anda seorang lelaki yang pemalu jika ingin mendapat bakal isteri yang pemalu yang tentunya lagi tinggi imannya. Yang menjaga batas pergaulan. Jangan menjadi mukmin yang hipokrit ! Bila berhadapan dengan muslimah yang bertudung labuh, anda menjadi sopan. Namun, mengapa bila berhadapan pula dengan kawan perempuan yang biasa, anda hilang perwatakan Islam anda. Bergelak ketawa hingga jatuh izzah.


Ramai yang hanya menjaga dirinya saat berdepan 'future wife' nya, namun menjadi lain bila bergaul dengan dengan perempuan yang bukan 'future wife' nya. 

Mengapa berlaku ini? Jika benar iman anda, anda akan menjadi seorang yang 'solid'. Istiqamah pada perwatakan anda. Pada setiap orang. Pada setiap tempat. Pada setiap masa.

Aku tidak mengatakan kita harus menjadi seorang yang serius dan syadid kepada semua orang. Bahkan aku tidak mengatakan anda harus menjadi yang terbuka pada semua orang. Yang aku ingin semua faham adalah kita harus seorang yang teguh dalam pendirian.  

Berprinsip jangan jumud, Terbuka jangan hanyut.

Serius jangan hingga orang hilang dari kita, melawak jangan hilang izzah dari kita. 

Ingin mendapat peneman hidup yang istiqamah dalam hidup berdakwah, anda yang harus menjadi seorang pendakwah yang istiqamah dari sekarang.

Satu dua contoh cukup rasanya. Anda boleh fikir sendiri dalam perkara2 yang seterusnya. Yang penting, sebelum orang lain buat, anda yang harus buat dulu. Barulah anda akan mendapat apa yang anda inginkan. 

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula}” (Surah An Nuur: 26). 

Mudah bukan konsepnya?


4/22/2011

Petanda Zina Hati : RINDU



Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

1/23/2011

Tunang


Entah mengapa sejak dua menjak ini, banyak sekali perbincangan mengenai tunang hadir dalam hidup ini. Dari dalam bilik sehinggalah ke luar bilik. Kawan-kawan bertanya dan menjawab. Bagaimana hendak bertunang? Apa beza bertunang dengan bercouple? Apa batas pergaulan dalam tunang? Oleh itu, kali ini aku ingin kongsi serba sedikit perkara mengenai tunang.

Banyak yang menyangka bertunang mesti dengan menghantar rombongan melamar ke rumah pihak perempuan. Dimulai dengan pantun dan diakhiri dengan upacara pemakaian cincin pertunangan . Ketahuilah, itu semua hanyalah adat. Kita Islam. Kita ada syariat. Bukan kita menolak adat tetapi kita ingin utamakan syariat.

Cukuplah ikatan tunang itu terjalin bilamana pihak muslimat menyatakan persetujuan untuk menerima pihak muslimin sebagai teman hidup. Sebaiknya gunakan orang tengah bagi menyatakan kehendak dan menanyakan status semasa. Tidak semestinya dengan mengadakan majlis pertunangan bagi mengumumkan. Cincin tidak wajib tetapi kalau ada, maka lebih baik sebagai tanda. Ingat, ini baru bertunang bukan perkahwinan. Bukan walimatul urus. Oleh itu, hebahannya perlu ada limitasi.

Tatkala, pertanyaan oleh pihak muslimin diutarakan kepada pihak perempuan, maka saat inilah yang menjadi titik perbezaan antara tunang dengan couple. Keputusan yang ingin diberikan akan disertai dengan berkat daripada musyawarah dan solat istikharah. Bukan seminggu tapi lebih daripada itu. Perbincangan dengan keluarga dan kekuatan daripada Allah untuk memberikan keputusan ‘YES’ pada pinangan daripada pihak lelaki menjadikan ikatan yang terjalin lebih serius.

Bila sudah menjadi tunang orang, masing-masing menyedari akan hakikat persediaan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Akad melalui nikah menjadi penantian. Persediaan luaran dan dalaman sentiasa dikejar agar masing-masing dapat memberikan yang terbaik bila majlis pernikahan tiba. Prestasi akademik, kerja, persediaan ilmu dan pemikiran, kursus perkahwinan dan perkara yang bersangkutan akan menjadi target dalam hidup.

Namun, sedar tidak sedar, ramai yang tersalah cara dan langkah bila ikatan tunang sudah terjalin.

to be continued...

12/30/2010

Isteriku

 
Isteriku
Maafkan aku
Andai cinta ini pernah ternoda
Sebelum aku mengenalimu

Kekasihku
Tiada ku tahu
Di manakah kau saat ini
Tiada ku tahu
Siapakah kau yang telah tertulis

Ya Allah
Aku merindui dirinya
Sungguhpun aku tidak kenal siapanya
Tidak tahu akan rupanya
Aku reda dalam rahsia
Semuanya itu rahsiaMU

Ya Allah
Aku lemah
Maka kuatkan lah aku
Sepertimana kau hadirkan
Khadijah kepada Muhammad
Fatimah kepada Ali
Hawa kepada Adam

Ya Allah
Aku ingin mencintaiMU
Jua RasulMU
Bersama-sama isteriku

Sayang
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku ingin mencintaimu
Sepenuh hatiku
Agar bertambah cintaku
Kepada Allah & RasulNYA

Ya Allah
Andai aku mati tanpa isteri
Hadirkan lah bidadari di sampingku
Di akhirat kelak
Aku ingin bertemuMU
 Dalam dakapan kasihMU

4/29/2010

'Peritnya' Menahan Rasa Cinta

Cinta itu Jahiliah?
Tidak!
Couple Itu Jahiliah!

Post terbaru yang aku nak kongsi ini merupakan antara langkah2 awal aku yang cuba menyibukkan diri dalam bidang A.Samad Said yakni karya kreatif berunsurkan sajak. Aku ter'trigger' nak lakarkan tulisan ku ini sejak peristiwa ku yang berborak panjang dengan member baik se-Puchong. Siapa? Ini orangnya. Hampir beberapa lama berkongsi cinta dan cerita, akhirnya kami tetiba men'konkulisikan' bahawa PERITNYA MENAHAN RASA CINTA. So, inilah ringkasannya...

"Kekadang diri ini diajak kawan untuk berbicara mengenai cinta,
Bukan cinta pada-Nya tapi cinta manusia,
Inilah Adam yang perasan tak kena masa,
Tidak sedar antara sifat Hawa,
Tak kira yang ber‘title’ muslimah atau biasa,
Kadangkala terlajak juga dari garisan agama,
Pandang dan melayan kita,
Berkongsi mesej agama,
Ya selamat tidak pernah berjumpa,
Itu hanya di pandangan mata,
Tapi hakikatnya berkhalwat dalam alam maya,
Inilah perangkap halus syaitan durjana,
Bukan ingin berkata apa,
Cuma,
Terkadang rasa sia-sia,
Daripada berbicara mengenai cinta,
Teringat banyak perkara dalam kependekan masa,
Besar kecil dosa,
Dosa kini dan lama,
Yang belum pasti mendapat keampunan-Nya,
Bertambahnya pergolakan ummah,
Bencana alam yang merata-rata,
Tanda memendeknya usia dunia,
Yang menuntut perhatian kita,
Supaya banyakkan istighfar dan bersihkan fikrah,
Anggaplah soal cinta seperti garam gula,
Jangan terlebih atau terkurang dalam merencah,
Mata, telinga dan hati sebagai deria yang menjaga,
Menjaga fitrah daripada fitnah,
Agar hidup menjadi mulia,
Menjadilah seperti insan pilihan-Nya,
Bak Imam Nawawi yang syahid mengejar ilmu sehingga tidak sempat bernikah,
Dan al-Banna yang sibuk bekerja dalam dakwah,
Susah sedikit banyak bahagia,
Inilah ujian sebagai pemuda,
Inilah peritnya menahan rasa cinta."

"...Adapun orang beriman sangat CINTA kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah 2:165)


Komen dari Facebook 

Teman Maya