11/08/2010

3T dalam Ber-Usrah


Permulaan

Dalam perkongsian tazkirah saya pada 31/12/2009 dalam program ‘Masih Ada Yang Sayang’ ( sebuah program MRC ), saya ada menyebut tentang step-step yang betul dalam pengisian Sistem Usrah  kita iaitu:
 “Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu seorang Rasul dari (kalangan) kamu yang (1)membacakan ayat-ayat Kami,(2) menyucikan kamu, dan (3)mengajarkan kapadamu al-Kitab dan hikmah, serta mengajarkan apa yang belum kamu ketahui”.(Surah Al-Baqarah 2:151)

Ayat ini merupakan jawapan Allah pada doa Nabi Ibrahim alaihissalam pada ayat berikut:

“Ya Tuhan Kami, utuslah di tengah mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat-Mu dan mengajarkan kitab dan hikmah kepaada mereka, dan menyucikan mereka. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Perkasa, Mahabijaksana”.(Surah Al-Baqarah 2:129)

Perbincangan di atas saya ambil dari tulisan Syeikh Said Hawa dalam karyanya Tazkiyatun Nafs.

3T :

1) Tadzkir atau Tilawah : Mentadabbur ayat Quran (mengambil ibrah untuk diaplikasi dalam kehidupan kini).
2) Tazkiyatun Nafs : Ilmu-ilmu akhlak Islam yang meliputi cara menjaga hubungan dengan Allah dan dengan manusia.
3) Taalim : Ilmu-ilmu Ulum Al-Quran (seperti  tafsir,nasakh wa mansukh), Ulum Hadis (seperti asbabul wurud,al-jarah wal al-ta’dir),Hukum Hakam dalam Fiqah, Fiqh Al-Awliyat, Fiqh Harakah.

Persoalan?

Mengikut persefahaman kita selama ini (yang berlandaskan Nas-nas Al -Quran, Hadis-hadis Sahih, Sirah Nabawiyah, uslub-uslub yang diperkenalkan oleh para alim ulama) ialah perlunya taaruf dahulu barulah dakwah dijalankan. “Ukhuwwah Didahulukan, Dakwah Diutamakan”. Maka adakah 3T di atas bertentangan dengan kefahaman kita selama ini?

Adanya persalah fahaman di sini. Sedia maklum di sini ada 3 Rukun Usrah yang saya petik dari Risalah Usrah dan Dakwah karangan As-Syahid Imam Hassan al-Banna yakni:

1) Taaruf
2) Tafahum
3) Takaful

Maka, 3T yang saya maksudkan terletak dalam rangkuman Tafahum. Yakni 3T sebagai unsur-unsur pengisian untuk membina kefahaman dalam ahli-ahli usrah.


Dalam skop yang lain, ada 4 Rukun Dakwah iaitu:

1) Dai’e
2) Mad’u
3) Uslub Dakwah
4) Pengisian Dakwah

Adapun Taaruf termasuk dalam rangkuman Uslub Dakwah, maka 3T adalah di antara elemen-elemen dalam rangkuman Pengisian Dakwah.
 
Sekadar perkongsian,dalam  pembacaan saya yang sangat terbatas turut menyatakan bahawa ulama-sarjana merumuskan antara 3 unsur penting dalam keberkesanan Pengisian Dakwah ialah:
Pentingkah 3T?

1) Jika seseorang itu mengamalkan 1 dan 3 tanpa 2, maka kita akan melahirkan orang Islam yang berilmu  tetapi malas mengamalkan ilmu yang dimilikinya,sombong dan takabbur dengan ilmu yang dimilikinya dan dia akan mudah berasa ujub dan riya’ bila dia mengamalkan ilmu yang dimilikinya. Luar nampak cerdik dan baik, tetapi hakikat dalamnya buruk dan busuk. Beribadah tapi tanpa roh.

2) Jika seseorang itu mengamalkan 1 dan 2 tanpa 3, maka kita akan melahirkan orang Islam yang kuat beribadah tetapi tanpa dasar ilmu yang sahih, bertaqlid buta, bersempit fikiran, fanatik mazhab dan dia menjadi seorang Islam yang sangat cetek ilmu Islamnya yang boleh menjejaskan perkembangan kebangkitan umat Islam secara keseluruhannya. Islam hanya sebagai warisan.

3) Jarang orang meninggalkan amalan 1. Tetapi dalam 1 itu, unsur Tadabbur merupakan yang terpenting sekali dan selalunya unsur inilah manusia terlepas pandang.Tilawah tanpa tadabbur, bacaan Al-quran sekadar merdu di telinga,berniatkan pahala dunia semata-mata.Tidak faham dan tiada ibrah. Akibatnya, lahirlah orang Islam yang menarik suaranya, cantik tarannumnya, jaga tajwidnya,tinggi hafazannya tetapi sia-sia tanpa jejak di jiwa.

Sekian.


10/29/2010

TANGGUNGJAWAB : Kau Tanggung Di Dunia, Kau Jawab Di Akhirat !


Tanggugjawab sebagai pemimpin perlu diteruskan hatta gagal dalam akademik sekalipun. Penyelesai bukan pada letak jawatan. Tapi, ada pada Allah. Topup your Iman, Upgrade your Amal !

Tersebutlah al-kisah Musa a.s dalam lembaran Quranul karim. Maka, tercatatlah

“Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas. Musa berkata: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku dan jadikanlah untukku seprang pembantu dari keluargaku (iaitu) Harun saudaraku. Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan banyak mengingatiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat kami.” Dia (Allah) berfirman“Sungguh, telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa.” (Surah Taha 20: 24-36)

Tatkala hari ini ramai orang merungut dan mengeluh apabila ditugaskan sesuatu tanggugjawab yang berat, tatkala itulah Allah mengajar kita solusinya. Doa pembuka bicara sperti di atas yang biasa kita amalkan rupa-rupanya mengandungi jawapan yang dicari. Hanya malas mentadabbur menjadi hijab mata hati kita dalam memahami ayat Quran.

Musa a.s seorang yang sangat berbeza dengan raja keparat wa karat, Firauan. Bukan nak dibezakan umur, harta ataupun kedudukan. Tetapi, kefasihan lidah yang menjadi garisan tengah antara 2 watak dalam kisah epik tersebut. Seperti Barack Obama, Mahathir dan Anwar Ibrahim, Firauan merupakan seorang pemidato yang hebat. Sudah lumrah, seorang ketua negara memang ada lidah yang menarik perhatian. Beza pula dengan kekasih Allah, doa pelancar bicara di atas menjadi bukti antara kelemahan dalam berbicara yang dimiliki Musa a.s.

Namun, kekurangan bukan alasan. Amanah tetap perlu dibuat. Maka, Musa a.s tidaklah merungut, mengeluh malah menolak tugas yang diberi. Doa dikalimahkan di lidah memohon pertolongan Allah. Sahabat dipinta dalam menemani bagi mengurangkan beban kerja . Jika yang berdoa seorang yang kuat hubungannnya dengan Tuhan Yang Esa, maka pemakbulan doa adalah jawapan terbaik.

Kisah ini baik buat para perungut, para pengeluh malah para pengecut yang mudah sahaja mengalah tatkala tugas telah digalaskan pada bahu mereka. Dek kerana kurang pengalaman, para pemimpin muda seringkali tarik diri bila tanggungjawab membeban diri. Diri dipilih setelah rela menghantar diri ke tempat interview. Maka, kenapakah anda berputus asa saat kerja mula menggunung?

Lihat sahaja Musa a.s. Baginda bukanlah peminta jawatan seperti kita. Tugas Rasul pilihan Allah. Namun, dirinya lebih ‘cool’ bila senarai gerak kerja diberi. Kita pula bagaimana? Yang ringan diambil, yang berat, selamat tinggal.

Maka, kita tanya apakah solusinya. Berdoalah dan carilah teman.

to be continued...

Teman Maya