1/23/2011

Tunang


Entah mengapa sejak dua menjak ini, banyak sekali perbincangan mengenai tunang hadir dalam hidup ini. Dari dalam bilik sehinggalah ke luar bilik. Kawan-kawan bertanya dan menjawab. Bagaimana hendak bertunang? Apa beza bertunang dengan bercouple? Apa batas pergaulan dalam tunang? Oleh itu, kali ini aku ingin kongsi serba sedikit perkara mengenai tunang.

Banyak yang menyangka bertunang mesti dengan menghantar rombongan melamar ke rumah pihak perempuan. Dimulai dengan pantun dan diakhiri dengan upacara pemakaian cincin pertunangan . Ketahuilah, itu semua hanyalah adat. Kita Islam. Kita ada syariat. Bukan kita menolak adat tetapi kita ingin utamakan syariat.

Cukuplah ikatan tunang itu terjalin bilamana pihak muslimat menyatakan persetujuan untuk menerima pihak muslimin sebagai teman hidup. Sebaiknya gunakan orang tengah bagi menyatakan kehendak dan menanyakan status semasa. Tidak semestinya dengan mengadakan majlis pertunangan bagi mengumumkan. Cincin tidak wajib tetapi kalau ada, maka lebih baik sebagai tanda. Ingat, ini baru bertunang bukan perkahwinan. Bukan walimatul urus. Oleh itu, hebahannya perlu ada limitasi.

Tatkala, pertanyaan oleh pihak muslimin diutarakan kepada pihak perempuan, maka saat inilah yang menjadi titik perbezaan antara tunang dengan couple. Keputusan yang ingin diberikan akan disertai dengan berkat daripada musyawarah dan solat istikharah. Bukan seminggu tapi lebih daripada itu. Perbincangan dengan keluarga dan kekuatan daripada Allah untuk memberikan keputusan ‘YES’ pada pinangan daripada pihak lelaki menjadikan ikatan yang terjalin lebih serius.

Bila sudah menjadi tunang orang, masing-masing menyedari akan hakikat persediaan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Akad melalui nikah menjadi penantian. Persediaan luaran dan dalaman sentiasa dikejar agar masing-masing dapat memberikan yang terbaik bila majlis pernikahan tiba. Prestasi akademik, kerja, persediaan ilmu dan pemikiran, kursus perkahwinan dan perkara yang bersangkutan akan menjadi target dalam hidup.

Namun, sedar tidak sedar, ramai yang tersalah cara dan langkah bila ikatan tunang sudah terjalin.

to be continued...

12/31/2010

2000 + 11 = 2011 ?


Alhamdulillah.

Astaghfirullah.

Maka diajarkan Allah kepada kita agar ber‘alhamdulillah’ dan ber‘istighfar’ bila menerima kejayaan.

Kejayaan itu apa?

Semua perkara yang menggembirakan itulah kejayaan.

Maka, terketukkah hati anda bila menerima kegagalan?

Hatta kejayaan pun diminta kita meminta ampun, maka apatah lagi kegagalan.

Kegagalan itu sangatlah banyak kita kecapi berbanding kejayaan.

Namun, mengapa? Mengapa? Mengapa?

Mengapa hati ini masih lagi tidak bertaubat?

Mengapa lidah ini masih lagi tidak beristighfar?

Mengapa anggota badan ini masih lagi tidak berinabah?

Iman itu keyakinan hati, pembuktian lidah dan pelaksanaan anggota badan.

Maka, totalkan 360 degree taubat kita dari tiga sudut iman.

Taubatkan Hati, Istighfarkan Lidah dan Inabahkan Anggota Badan.
 
Semoga minggu-minggu terakhirku dalam 2010 yang lalu menjadi pemula yang baik kepadaku. Tidak disangkal memang minggu tersebut betul-betul meg'huru-hara'kan diri ini.
Apa yang berlaku?! Rasa seronok ada, rasa tension ada, rasa kecewa ada.

12/30/2010

Isteriku

 
Isteriku
Maafkan aku
Andai cinta ini pernah ternoda
Sebelum aku mengenalimu

Kekasihku
Tiada ku tahu
Di manakah kau saat ini
Tiada ku tahu
Siapakah kau yang telah tertulis

Ya Allah
Aku merindui dirinya
Sungguhpun aku tidak kenal siapanya
Tidak tahu akan rupanya
Aku reda dalam rahsia
Semuanya itu rahsiaMU

Ya Allah
Aku lemah
Maka kuatkan lah aku
Sepertimana kau hadirkan
Khadijah kepada Muhammad
Fatimah kepada Ali
Hawa kepada Adam

Ya Allah
Aku ingin mencintaiMU
Jua RasulMU
Bersama-sama isteriku

Sayang
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku ingin mencintaimu
Sepenuh hatiku
Agar bertambah cintaku
Kepada Allah & RasulNYA

Ya Allah
Andai aku mati tanpa isteri
Hadirkan lah bidadari di sampingku
Di akhirat kelak
Aku ingin bertemuMU
 Dalam dakapan kasihMU

12/16/2010

Dakwah bil ABCD...

Page 1 : Pembuka Selera Minda
Page 2 
Page 3
Last Page

"Pemuda yang berniat meWakafkan dirinya untuk Islam, pasti akan menggunakan segala Ruang dan Peluang untuk 3 Perkara : 
Ibadah-Dakwah-Ukhuwwah"

Teman Maya