4/22/2011

Petanda Zina Hati : RINDU



Bila rindu kembali menjengah,
Menyusup datang melalui sekeping gambar,
Begitu terasa bibirku bergetar,
Begitu terasa kakiku makin longlai.

Ku lihat pada jari-jemariku,
Menggigil dalam bahang tengah hari,
Ku sentuh pada bibirku,
kering mengelupas,
Ku letakkan tangan pada dadaku,
Degupannya menjadi deras.

Ku lihat wajahku dalam refleksi,
Warnanya pucat membiru,
Tiada kilauan dalam mata,
Tiada cahaya pada wajah.
Hanya kelesuan jelas kelihatan.

Yang lain menggelar rasa ini 'cinta',
Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta',
Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' ,
kerana rindu ini rindu yang memusnahkan,
Rindu ini rindu yang mencemarkan,
Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku,
Kerana rindu ini boleh mengundang dosa.

Dahulu,
Jika rindu yang sama bertandang,
Akulah insan paling bahagia.

Kini,
Jika  rindu yang sama bertamu,
Akulah insan paling sengsara.

Aku tak mahukan rasa ini,
Aku tak mahukan rindu ini.

Rindu ini yang dahulu telah melalaikanku dari mengingati-Mu,
Rindu ini yang dahulu menghalangku dari kemanisan beribadat kepada-Mu,
Rindu ini yang dahulu membutakan mataku  dari melihat jalan-Mu,
Rindu ini yang dahulu membinasakan cinta suci hamba-Mu.

Rabbi,
Jangan kau benarkan rindu ini menggigitku,
kerna aku takut dihinggapi virus cinta buta.

Rabbi,
Jangan kau biarkan rindu ini menghantuiku,
kerna aku takut pada bayangannya,
Kerna ku tahu jatuh cinta itu,
Hanya bisa pada Tuhan,
Kerna ku tahu nafsu ini,
Sering membawa ke arah kejahatan,
Yang datang dari godaan syaitan.

Rabbi,
Ku mohon,
Jauhkanlah aku dari 'petaka' rindu ini,
Hadirkanlah aku pada cinta-Mu,
Cinta yang kekal dan abadi.

4/17/2011

Lesen P



*Abdul dan Nor bukan nama sebenar ya*


Abdul : Weyh, Nor, ko bawa lah bawa motor ni plak. Aku penat sikit ar.


Nor  : Blurrpp...hurmmm....ok2...
 

Tempat ditukar. Dari posisi penunggang ke pemandu. Memegang tampuk pemanduan. Steering dipegang. (eh2, motor nyer pun dipanggil steering ek ?)


Abdul memeluk daku. (cehh, cam romantik plak) Gear satu masuk. Motor mula bergerak.
 

Alhamdulillah. Dari Puchong Indah hingga ke Petaling Jaya, aku berjaya dengan selamat.

Walaupun sepanjang pemanduan, aku ditegur banyak kali oleh Che, seperti langgar lubang, tangan keras dan bermacam lagi, namun aku endahkan.


Demikianlah kisah epik ku pada 27 March malam tu.


Aku dah berubah. Aku dah tak takut untuk menaiki motor meredah jalan raya utama. Jika dulu, setakat kawasan perumahan je, tapi kini aku dah maju.


Perubahan. Itulah yang aku mahu. Itulah jua yang manusia lain mahu. Berubah terus maju. Ke hadapan. Lebih baik. Itulah perubahan yang diimpikan.


Namun, bukan mudah untuk mengecapi perubahan. Nak perubahan, perlukan sokongan persekitaran.


Percaya dan peluang. Inilah yang aku perlukan untuk berubah. Inilah juga manusia lain perlukan untuk melakukan perubahan. Percaya dan peluang.


Berikan peluang. Berikan kepercayaan.



Aku tahu aku tiada lesen motor. Abdul pun tahu aku tiada lesen. Bukan sebab fail ujian. Nak mendaftar kelas memnadu tak pernah lagi.

Risiko kemalangan ada sahaja memandangkan traffik agak penuh malam itu. Risiko disaman lagi lah ada. Lesen P 'memang' aku ada (dengan gaya Owh Yeah).


Namun, kepercayaan itulah yang Che berikan. Peluang yang ku raih.



"We give Chances, We get Changes" 



Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan Taubat. 



Sungguhpun maksiat kecil dan besar kerap kali kita buat, namun, peluang Dia berikan. Kerana Dia percaya kepada kita. Dia tahu kita boleh berubah.



Dari Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy'ary r.anhu dari Nabi Muhammad s.a.w, beliau bersabda, " Sesungguhnya Allah Taala senantiasa membentangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya dan membentangkan tangan-Nya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya. Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (hari kiamat) " (Riwayat Muslim)



Tapi, adakah kita berubah?


Sepatutnya kita berubah.



Jika Allah telah memperlakukan kita sedemikian rupa maka apakah pantas kita tidak memberikan peluang kepada orang lain untuk berubah?



Lupakah kalian pada sirah nabawiyah : kisah seorang Arab Badwi yang buang air kecil di masjid? Apa yang Rasulullah s.a.w buat? Tidak sama tindakan baginda dengan beberapa sahabat yang ingin sahaja membelasah orang arab itu. Baginda beri peluang.



Kalian jangan juga pada kisah pengislaman Khalid Al-Walid. Sungguhpun beliau merupakan orang utama yang menentang pasukan Islam pada Perang Uhud, namun beliau tetap diterima Nabi s.a.w sebagai orang Islam selepas itu. Bahkan, diberi kepercayaan untuk menggempalai beberapa peperangan menentang musuh Islam. Beliau berubah. Sebab Nabi s.a.w beri kepercayaan dan peluang.



Dengan ini, saya mengulangi pertanyaan saya kembali : Jika Allah telah memperlakukan kita sedemikian rupa maka apakah pantas kita tidak memberikan peluang kepada orang lain untuk berubah?



Menjadi seorang ketua perlu bersikap rational bukan emotional semata-mata. Tindakan anda yang cepat menghukum tanpa mendengar alasan bakal mengundang rasa tidak selesa dari anak buah anda. Berilah peluang. Berilah kepercayaan. Sedarilah, kesalahan itu juga berpunca dari anda juga, wahai orang yang bernama Ketua.



Berilah Lesen P : Percaya dan Peluang.



To be continued... 


3/21/2011

Tamrin Pancaindera


GURINDAM MEMELIHARA ANGGOTA & HATI
DARIPADA KEJAHATAN

Apabila terpelihara mata
Sedikit cita-cita

Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tidaklah damping

Apabila terpelihara lidah
Nescaya dapat daripadanya faedah

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan
Daripada segala berat dan ringan

Hati itu kerajaan di dalam tubuh
Jikalau engkau zalim segala anggota pun roboh

Apabila dengki sudah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah

Mengumpat dan memuji hendaklah fikir
Di situlah banyak orang yang tergelincir

Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang akal di kepala

Jika sedikit pun berbuat bohong
Boleh diumpakan mulutnya itu pekung

Oleh : Raja Ali Haji

" Kemudian Dia menyempurnakannya dan meniupkan (ciptaan) Nya ke dalam (tubuh)nya dan Dia menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati bagimu, (tetapi) sedikit sekali kamu bersyukur " (Surah As-Sajdah 32:9)

3/14/2011

P3 [Pesanan kepada Pejuang PAS]

TET : Total Effects of Tarbiyah [ not Total Effects OLAY ]

Al-Syeikh Abu al-Hasan ‘Ali al-Nadwi r.h ialah seorang tokoh ilmu dan dakwah dari Benua India. Terkenal sebagai seorang zuhud dan bersungguh dalam dakwahnya. Semasa hayatnya dia pernah berikan nasihat  kepada al-Ikhwan al-Muslimin tentang dakwah. 

Katanya: “Wahai Ikhwan Muslimin yang mulia! Sasaran dakwah al-din dan tajdid Islami (pembaharuan Islam) itu bukanlah mudah. Bukanlah tujuan dan tumpuannya untuk menukar kerajaan semata. Tidak jua untuk mengubah satu suasana politik kepada suasana politik yang lain. Tidak untuk menyebarkan pengetahuan dan ilmu, atau menghadapi buta huruf dan kejahilan, atau memerangi pengangguran, atau mengubati kecacatan masyarakat dan akhlak atau seumpamanya seperti yang diperjuangkan oleh para pejuang perubahan di Barat dan Timur. 

Sebaliknya, ia adalah seruan Islam yang merangkumi akidah dan akhlak, amalan dan siasah, ibadah juga keperibadian diri dan masyarakat. Ia meliputi akal dan jiwa, ruh dan jasad. Ia bergantung kepada perubahan mendalam dalam jantung hati dan jiwa, akidah dan akal. Istimewanya dakwah dan kesungguhan para nabi ialah ketulusan mereka dari memikirkan kepentingan kebendaan, hasil yang segera. Mereka tidak mencari dengan dakwah dan jihad mereka melainkan keredhaan Allah. Melaksanakan perintahNya dan menunaikan risalahNya. Akal dan pemikiran mereka tulus dari amalan untuk dunia, mendapat kedudukan, menghasilkan kekuatan untuk keluarga dan pengikut, memperolehi kerajaan. Bahkan itu semua tidak pernah terlintas dalam fikiran mereka. 

Adapun kerajaan yang tertegak untuk mereka pada waktu mereka dan kekuatan yang diperolehi pada masa itu hanyalah hadiah daripada Allah. Ia sebagai jalan untuk sampai kepada matlamat agama, melaksanakan hukum-hakamnya, mengubah masyarakat dan mengarahkan kehidupan.

Wahai tuan-tuan! Besarnya perbezaan antara matlamat yang dituju, dan natijah yang muncul. Perbezaan ini akan zahir dalam jiwa yang bekerja untuk itu. Maka, yang bertujuan mendapatkan kerajaan, akan hilang kesungguhan dan diam apabila tidak memperolehinya, atau hilang harapan mendapatkannya. Dia akan berhenti dari dakwah. Dia juga akan melampau jika berjaya. Wajib kepada kita membersihkan akal dan jiwa kita, semata-mata untuk dakwah. Hanya dakwah, khidmat, pengorbanan, mengutamakan saudara muslim, mengeluarkan manusia –dengan izin Allah- dari segala kegelapan kepada cahaya (Islam), dari jahiliyah kepada Islam, dari kesempitan dunia kepada keluasannya. Dari kekejaman agama-agama yang sesat, sistem-sistem yang zalim, mazhab-mazhab yang tidak menentu, kepada keadilan Islam dan lembayungnya. 

Faktor yang membawa kita kepada amal dan jihad hanyalah untuk menunaikan perintah Allah dan kemenangan pada Hari Akhirat. Juga kerana apa yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya dari ganjaran dan pahala. Kemudian, faktor lain ialah simpati kepada makhluk, kasihan kepada insan yang terseksa, dan keinginan terhadap keselamatan manusia.  
Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa –setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah- tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya.  

Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, kusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam redha Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah. 

(al-Qaradawi, Al-Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam)

kredit to DrMAZA

T3 [ Tangga Tahap Tarbiyah ]




2/11/2011

Dakwah Kita Masih Di Karpet Merah



Handset ku berbunyi. Menandakan satu mesej masuk.

"CNY288 hantar ke 22188..Da hadiah hbat..try taw"

Dari Amirul.

Aku buat apa yang dicadangkan. Mesej ini pula yang masuk.

"T.Kasih! Nikmati PANGGILAN & SMS TANPA HAD ke semua nombor Celcom dr SEKARANG hingga 11.59mlm HARI INI. RM 2.88 telah ditolak dari akaun anda".

Peluang diambil. Aku tekad. Hari ini jugak semua kenalan aku yang bernombor Celcom akan mendapat mesej dakwah dari aku. InsyaAllah, aku yakin dapat berbuat jasa pada Islam pada Tahun Baru Cina ini.

Aku forward mesej ini pada hampir semua kenalan aku dalam handset aku. Laki2 dan perempuan. Free kan. Aku dapat dari Syahir.

"Utk renungan..
jika mesir jatuh ke tgn Ikhwanul Muslimin,sempadan Rafah mgkn akan dibuka utk pejuang Islam seluruh dunia..tak mustahil kurng setahun,negara haram Israel akan menjadi sejarah..perindu2syurga firdausi,anda bersedia merebut tiket...?
Ayuh shbt2.!
D0akan ikhwanul muslimin brjye jtuhkan h0sni mubarak..!
sebarkan sramai mgkin.."


Puas. Syukur. Terima kasih kepada Celcom kerana menyediakan perkhidmatan seperti ini. Sahabat yang menerima mesej tersebut membalas dengan kata sokongan. Lagi membuat aku rasa bersemangat.

Aku bertanya. Esok ada lagi ke pakej macam ini?

Tatkala hati telah rasa berjasa pada Islam, tatkala itulah Allah sampaikan mesej teguran.

"We gave charity to the poor 'cause
We couldn't stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we're just lying
...
My dear brothers and sisters
It's time to change inside
Open your eyes
Don't throw away what's right aside
Before the day comes
When there's nowhere to run and hide
Now ask yourself 'cause Allah's watching you

Is He satisfied?
Is Allah (s.w.t) satisfied?

Lagu favourite aku sendiri, Awaken nyanyian Maher Zain mengetuk hati aku.

Inilah dakwah kita.
Disambut dan dirai.
Tidak seperti zaman para anbiya' dan sahabat.
Bukan tidak bersyukur. Cuma, kenapa diri ini mudah rasa amal dakwah sudah diterima Allah tatkala manusia menyambut dakwah kita.
Padahal, itu menunujukkan taraf dakwah kita masih di takat rendah.
Tahap dakwah yang rendah menandakan iman kita masih rendah.


"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar"? (Surah Ali-Imran 3:142)

to be continued...



Teman Maya