12/31/2010

2000 + 11 = 2011 ?


Alhamdulillah.

Astaghfirullah.

Maka diajarkan Allah kepada kita agar ber‘alhamdulillah’ dan ber‘istighfar’ bila menerima kejayaan.

Kejayaan itu apa?

Semua perkara yang menggembirakan itulah kejayaan.

Maka, terketukkah hati anda bila menerima kegagalan?

Hatta kejayaan pun diminta kita meminta ampun, maka apatah lagi kegagalan.

Kegagalan itu sangatlah banyak kita kecapi berbanding kejayaan.

Namun, mengapa? Mengapa? Mengapa?

Mengapa hati ini masih lagi tidak bertaubat?

Mengapa lidah ini masih lagi tidak beristighfar?

Mengapa anggota badan ini masih lagi tidak berinabah?

Iman itu keyakinan hati, pembuktian lidah dan pelaksanaan anggota badan.

Maka, totalkan 360 degree taubat kita dari tiga sudut iman.

Taubatkan Hati, Istighfarkan Lidah dan Inabahkan Anggota Badan.
 
Semoga minggu-minggu terakhirku dalam 2010 yang lalu menjadi pemula yang baik kepadaku. Tidak disangkal memang minggu tersebut betul-betul meg'huru-hara'kan diri ini.
Apa yang berlaku?! Rasa seronok ada, rasa tension ada, rasa kecewa ada.

12/30/2010

Isteriku

 
Isteriku
Maafkan aku
Andai cinta ini pernah ternoda
Sebelum aku mengenalimu

Kekasihku
Tiada ku tahu
Di manakah kau saat ini
Tiada ku tahu
Siapakah kau yang telah tertulis

Ya Allah
Aku merindui dirinya
Sungguhpun aku tidak kenal siapanya
Tidak tahu akan rupanya
Aku reda dalam rahsia
Semuanya itu rahsiaMU

Ya Allah
Aku lemah
Maka kuatkan lah aku
Sepertimana kau hadirkan
Khadijah kepada Muhammad
Fatimah kepada Ali
Hawa kepada Adam

Ya Allah
Aku ingin mencintaiMU
Jua RasulMU
Bersama-sama isteriku

Sayang
Aku ingin kau tahu
Bahawa aku ingin mencintaimu
Sepenuh hatiku
Agar bertambah cintaku
Kepada Allah & RasulNYA

Ya Allah
Andai aku mati tanpa isteri
Hadirkan lah bidadari di sampingku
Di akhirat kelak
Aku ingin bertemuMU
 Dalam dakapan kasihMU

12/16/2010

Dakwah bil ABCD...

Page 1 : Pembuka Selera Minda
Page 2 
Page 3
Last Page

"Pemuda yang berniat meWakafkan dirinya untuk Islam, pasti akan menggunakan segala Ruang dan Peluang untuk 3 Perkara : 
Ibadah-Dakwah-Ukhuwwah"

12/12/2010

Sape Spiderman 4 ?

Mungkinkah anda di sebalik topeng itu?

No Matter What I Do………

No Matter How Hard I Try…..

Semacam inilah bisikan hati baginda Nabi. Setelah ditentang hebat di Mekah, ditolak pula mentah-mentah di Thaif. Hinggakan keluarlah dari mulutnya yang mulia sebuah doa. Yang hingga kini tiap kali doa itu dibaca, perasaan jadi pilu. Hati jadi hiba. Mata jadi pedih. Jiwa jadi bergelora. Beberapa ungkapan kalimat manusia semulia ini, cukup menggoncangkan perasaan sesiapa saja, kerana bisa menyedarkan kita apa yang perlu dilalui oleh susuk semulia ini, demi kerana cintanya pada agama, demi kerana cintanya kepada kita. Ya ALLAH, kepada-Mu aku mengadukan kelemahanku, kurangnya kesanggupanku, dan ketidakberdayaan diriku berhadapan dengan manusia…..”

Hollywood kini umpama dirasuk fobia. Bersusulan saja penyakit mereka. Mula ada yang namanya Superman. Menyusul kemudian yang namanya Batman. Ada pula yang namanya Hulk. Apa kurang yang namanya Punisher. Hangat diperkatakan kini yang namanya Spider. Khabarnya bakal menyusul pula Fantastic Four. Satu demi satu, seorang demi seorang, hero karangan fantasi mereka di’hidup’kan buat tatapan masyarakat, sebagai memberikan sebuah harapan, agar mudah-mudahan manusia akan menerima kedamaian. Tetapi kita meyakini, dan sentiasa harus meyakini, “We believe there’s a hero inside all of us….”. Dan itulah yang kita cari.

Kita mengharapkan bahawa setiap dari kita sedar, bahawa semua kita mempunyai potensi menjadi “hero”. Dengan kebolehan masing-masing. Dengan potensi masing-masing. Dan inilah yang telah ditonjolkan oleh para sahabat. Ada yang namanya Abu Bakar, dengan “super power”nya hingga mengalahkan neraca iman kita semua. Ada yang namanya Umar, dengan kuasa kepahlawanannya yang luar biasa, hingga “Iblis Octiphus” melarikan diri dari lorong yang dilaluinya. Ada juga yang namanya Abu Dzar. Yang walaupun dalam sebuah hadith dinyatakan kecacatan anak kelahiran Ghifar ini hingga tak melayakkannya menjadi pemimpin, tetapi dengan tarbiyah yang begitu singkat, bahkan ia pantas menjadi seorang hero, hingga Islamlah “Pirates of the Carrabien” dari kalangan suku Ghifar. Ada pula yang namanya Khalid. Sungguhpun kafaah syariahnya barangkali kurang, hingga dikritik hebat tatkala menjadi imam, tetapi siapa yang dapat menafikan kehebatannya bermain pedang dan menguasai perang?? Lalu betapa banyak para sahabat, yang sungguhpun mempunyai kekurangan, yang sungguhpun mempunyai kelemahan, tetapi mereka mampu mengoptimakan potensi mereka, hanya kerana kesedaran yang mudah. Bahawa dalam diri mereka juga ada hero yang tersembunyi. Yang harus dibebaskan. Yang perlu ditonjolkan.

Dan hero yang diperlukan oleh masyarakat bukanlah sang perwira yang bertopeng, mahupun sang pahlawan dengan kuasa-kuasa mustahil, tetapi hero yang diperlukan ialah mereka-mereka yang menyedari bahawa sebaik-baik hero ialah “..yang menyeru kepada ALLAH, beramal soleh dan menyatakan bahawa sesungguhnya aku seorang Muslim!!”  (Q.S al-Fusilat [41]:33). Lantaran itu Imam al-Banna menjawab pertanyaan seorang wartawan yang bertanya tentang gambaran dirinya, seraya menyatakan bahawa ia seorang “petualang”. Tetapi, petualang ini –yang bernama Hassan al-Banna- adalah petualang yang mencari kebenaran. Bahawa petualang ini, menyedari hakikat dirinya. Solatnya ikhlas semata-mata kerana ALLAH. Ibadahnya tak pernah tertumpah melainkan ke takungan berisi lautan ihsan dan mahabbatuLLAH yang suci. Hidupnya juga semata-mata kerana ALLAH, hinggakan kehidupannya itu adalah berorientasikan kisah seorang hero, yang sentiasa melakukan penyelamatan. Tetapi dalam hal ini, cuba menyelamatkan agamanya daripada dimusnahkan, daripada dihinakan, daripada diperlecehkan. Lantaran cereka hidupnya ini adalah didasarkan hal itu, ia terpaksa melakukan pengorbanan. Biar yang namanya wang harta. Biar maharnya semahal jiwa. Biar celaan yang diperolehinya. Walaupun siksaan yang bakal menantinya. Tetapi itulah sunnah orang yang berjuang, hero yang menjadi harapan orang. “Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Q.S al-Baqarah [2]:155)

Sampai bila hidupnya menjadi pejuang? Hingga ALLAH berkenan menjadikan penghujung drama kehidupannya, dengan memperoleh kemenangan yang abadi. Ia tamatkan “watak”nya dengan semulia-mulia penamatan. Dan kemuliaan apa lagi yang bisa kita harapkan?? Lantaran itu Imam al-Banna menegaskan; “inilah aku!!”, lalu bertanya pula kepada kita, siapa kita???

Hero mukmin sejati tidak banyak beralasan, lantaran menyedari ..ALLAH tak akan membebani kita dengan sesuatu yang diluar kesanggupan kita…”  Maka siapa pun dia, lantaran jiwa-jiwa sang pahlawan ada dalam dirinya, pantas ia melakukan pengorbanan-pengorbanan ini. Betapa sibuk pun ia. Walau dunia datang menggoda. Biar godaan datang menghalang.

Semua kita merupakan hero. Biar betapa dahsyatnya “villain” kita. Tetapi penghujung cerekanya, tetap milik kita. Lantas kisah suka duka baginda Rasul, ALLAH tutup dengan suatu keputusan, seperti yang digambarkan oleh al-Quran; “Sehingga apabila para rasul tidak mempunyai harapan lagi dan telah meyakini bahawa mereka telah didustakan, datanglah kepada para rasul itu pertolongan ALLAH, lalu diselamatkan orang-orang yang Kami  kehendaki…” (Q.S Yusuf [12]:110)

Maka, andalah Spiderman ke-4 itu.

12/01/2010

MRC 'S Y-GENC 2011







































Mulai hari ini, akan ku mulakan perkongsian cerita-cerita yang berkisar kepada hidupku. Jika dulu, tulisan-tulisan di blog ku lebih berkisar direct dakwah insyaAllah, maka kali ini aku gunakan konsep yang lebih dakwah-cerita oriented. InsyaAllah, banyak benda yang lebih bebas boleh aku kongsikan pada anda semua.

Masih tidak terlambat lagi jika aku iklankan diri aku bahawa aku salah seorang ahli Mahallah Representative Committee (MRC) bagi Mahallah Abu Bak'r As-Siddiq di Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia.

Poster yang anda semua lihat merupakan salah satu projek terbesar kami selain YAC, MEGA dan CAMBODIA.

Youth Generation Carnival (Y-GENC).
Detail projek boleh diketahui menggunakan mata dua anda sendirian berhad.

Berikut merupakan pimpinan yang telah dipilih bagi menggalas tanggungjawab merealisasikan sebuah Mimpi menjadi Realiti.

 *********************************************************************

Patron
Mdm. Rose Haliza Harun

Advisors 
Ust. Hasanul Basri b. Abdullah
Bro. Murshid b. Kassim

Programme Director
Nor Azhar b. Baharum

Assistant Programme Director 
Fatimah Az-Zahra bt. Mohamed Ibrahim

General Secretary
Nur Liyana bt. Noor Azmi

Assistant Secretary
Mohamad Nazrin Syafiq b. Khairi

Treasurer 
Ameer Amri b. Kamarulzaman

Assistant Treasurer
Noor Roziana bt. Abdul Rahim 

Programme Coordination
Muhammad Iqkhwam Putra b. Mohd. Imran  ( Head )
Mohamad Syafiq B. Ab. Aziz
Liyana Izzati Bt. Rosli
Nik Hamizah Sofwatun Nur Bt. Muhammad Hanif

Preparation and Technical
Mohamad Azfar Rahimi b. Abdul Razak ( Head )
Muhammad Khairul Bakri B. Batiar
Muhamad Hakimi B. Rahim
Ahmad Shahril Bin Mohd Ghani             
Nur Hayati Bt. Mohamed
Natasha Athirah Bt. Mohd Izham
Anith Kamilah Bt Ramlan
Nor Najihah Bt. Borhan

Publication and Protocol
Muhammad Izzat b. Shamsuddin (Head )
Ahmad Taqiuddin B. Abu Hassan
Mohamad Fadly B. Kamarudin
Muhammad Kamalhadi Bin Rosli
Siti Humairah Az Zahrah Bt. Rose Effendi
Nurul Athirah Bt. Hamzah
Nur Fadhilah Hanim Bt. Mohamad Noor
Siti Amira Syarina Bt. Mohd Kasim

Public Relations
Mohd. Nasrul Mubin b. Yahya (Head )
Syababullah B. Yusof
Mohd Mazlan Bin Razali
Muhammad Hakim B. Ibrahim
Nur Afiqah Bt. Ibrahim Mohd Yunos
Nor Syamira Atiqah Bt. Mohd Fauzi
Siti Najihah Bt. Mohd Noor

Special Task
Nur 'Ain Fathanah bt. Mohd. Puzi ( Head )
Ahmad Firdaus B. Osman
Syahmi Syazeril Bin Azmi
Mohamad Amirul Bin Md Ali
Norshakina Bt. Abdul Gharifi
Siti Nurshahirah Bt. Saari
Siti Maisarah Bt. Mohamad Hadzri

Catering
Che Abdul Rahman b. Muhammad (Head )
Ahmad Naim Bin Abd. Mubin
Ahmad Fakhrul Razi B. Darmawi
Muhammad Syafiq B. Mohd Yusof      
Nur Syakirah Bt. Akyan
Najihan Bt. Khalid
Ainul Samihah Binti Al- Bahori
Siti Syazwani Bt. Ahmad Sofi


PIC Mainboard for each Bereau
PC and PR - Azhar and Liyana
PrepTech and Catering - Fatimah and Ameer
PubPro and Special Task -  Nazrin and Roziana

***********************************************************************

 Kepada semua sahabatku, marilah kita jadikan projek ini sebagai salah satu bentuk saham kita di dunia ini untuk masa hadapan akhirat kita. InsyaAllah, dengan tertubuhnya Kelab Pemuda Al-Ikhlas itu dapat menjadi pemangkin perubahan kepada pemuda-pemuda Islam kita. Marilah jadikan Hadis Nabi s.a.w berikut sebagai sumber inspirasi kita :


Daripada Abu Hurairah r.anhu, Rasulullah s.a.w bersabda : " Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah amalnya melainkan daripada tiga sumber sahaja, iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang bermanfaat dan doa anak yang soleh yang mendoakan untuknya " ( HR Muslim )

Teman Maya