4/29/2010

'Peritnya' Menahan Rasa Cinta

Cinta itu Jahiliah?
Tidak!
Couple Itu Jahiliah!

Post terbaru yang aku nak kongsi ini merupakan antara langkah2 awal aku yang cuba menyibukkan diri dalam bidang A.Samad Said yakni karya kreatif berunsurkan sajak. Aku ter'trigger' nak lakarkan tulisan ku ini sejak peristiwa ku yang berborak panjang dengan member baik se-Puchong. Siapa? Ini orangnya. Hampir beberapa lama berkongsi cinta dan cerita, akhirnya kami tetiba men'konkulisikan' bahawa PERITNYA MENAHAN RASA CINTA. So, inilah ringkasannya...

"Kekadang diri ini diajak kawan untuk berbicara mengenai cinta,
Bukan cinta pada-Nya tapi cinta manusia,
Inilah Adam yang perasan tak kena masa,
Tidak sedar antara sifat Hawa,
Tak kira yang ber‘title’ muslimah atau biasa,
Kadangkala terlajak juga dari garisan agama,
Pandang dan melayan kita,
Berkongsi mesej agama,
Ya selamat tidak pernah berjumpa,
Itu hanya di pandangan mata,
Tapi hakikatnya berkhalwat dalam alam maya,
Inilah perangkap halus syaitan durjana,
Bukan ingin berkata apa,
Cuma,
Terkadang rasa sia-sia,
Daripada berbicara mengenai cinta,
Teringat banyak perkara dalam kependekan masa,
Besar kecil dosa,
Dosa kini dan lama,
Yang belum pasti mendapat keampunan-Nya,
Bertambahnya pergolakan ummah,
Bencana alam yang merata-rata,
Tanda memendeknya usia dunia,
Yang menuntut perhatian kita,
Supaya banyakkan istighfar dan bersihkan fikrah,
Anggaplah soal cinta seperti garam gula,
Jangan terlebih atau terkurang dalam merencah,
Mata, telinga dan hati sebagai deria yang menjaga,
Menjaga fitrah daripada fitnah,
Agar hidup menjadi mulia,
Menjadilah seperti insan pilihan-Nya,
Bak Imam Nawawi yang syahid mengejar ilmu sehingga tidak sempat bernikah,
Dan al-Banna yang sibuk bekerja dalam dakwah,
Susah sedikit banyak bahagia,
Inilah ujian sebagai pemuda,
Inilah peritnya menahan rasa cinta."

"...Adapun orang beriman sangat CINTA kepada Allah..." (Surah Al-Baqarah 2:165)


Komen dari Facebook 

4/26/2010

Pesanan dari-Ku untuk-Ku


Alhamdulillah hari ini saya mula kembali dalam bidang penulisan. Menulis dalam alam maya ini. Entah mengapa saya ‘terberhenti’ begitu lama.

Mungkin kerana mencari rentak baru. Rentak ilmu,idea, hikmah,semangat dan keikhlasan. Harap-harap bukan kerana putus asa dalam dakwah ini.

Ya kata pujangga kalau kita hendak banyak memberi maka kita perlu banyak menerima. InsyaAllah dengan ‘puasa’ saya ini, 1001 hikmah pengalaman dan buah pelajaran telah Allah tunjukkan.

Kerap kali keazaman kita di garisan permulaan tidak berterusan hingga ke pengakhiran. Tersangkut di pertengahan jalan. Kembali mencari kekuatan.  Bagi yang mempunyai kemampuan, akan menyambung perjalanan. Tetapi yang malang, akan terus tenggelam dalam kegelapan. Tidak sedar diri dibelenggu rantaian kemalasan.

Inilah pesanan khusus buat diriku. Istiqamah dalam dakwah tinta dan pena. Harap-harap dapat mengakhirkan dengan keredhaan setelah memulakan dengan kerelaan.

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan" (Surah Hud 11:112)

Teman Maya