1/08/2012

Berbanding Dr. Hassan Ali, Lebih Baik Aku Dipecat !

Ucapan ini lebih layak untuk aku !

KUALA LUMPUR, 8 Jan : PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Kenyataan Media Presiden PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.


Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.


Ramai yang mempunyai pandangan  berbeza berkaitan isu pemecatan Dr. Hassan Ali.


Bagi aku pula, aku melihat perlunya setiap ahli gerakan Islam itu bermuhasabah kembali berkaitan isu ini.


Jika ibadah aku boleh dinilai oleh sahabat dan pimpinan aku, maka pantasnya aku dipecat dari jemaah ini.


Jika akhlak sebenar aku diketahui oleh sahabat dan pimpinan aku, maka lebih layak aku ditendang keluar dari jemaah ini.


Jika disiplin aku boleh diukur, maka sepatutnya aku dikeluarkan dari jemaah ini.


Jemaah ini jemaah Islam yang memperjuangkan Islam yang syumul.


Aku tahu tapi aku masih malas dan hanya banyak bercakap daripada beramal.


Solat malam ku sangatlah mengecewakan. Hafazan Quran dan Hadis amatlah menyedihkan.


Hubungan dengan Allah dan manusia tidak dijaga.


Penyakit hati masih lagi bersarang. Riya', ujub, sombong, cinta makhluk dan penyakit mazmumah yang lain masih pekat meng-hitam-kan hati ini.


Maka, layakkah aku untuk berada dalam barisan yang ingin berjuang untuk menegakkan khilafah Islam ini?


Maka, berbading dengan beliau ( Dr. Hassan Ali ), lebih baik aku dipecat !


Cadangan aku untuk pembacaan kalian :


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7541-tindakan-disiplin-satu-tarbiah


http://u-jam.blogspot.com/2012/01/isu-dr-hassan-ali-olahan-putera-idaman.html


http://www.tintamuallaf.net/2012/01/pemecatan-dr-hassan-ali-siapa-yang-rugi.html


http://www.eperjuangan.com/2012/01/yb-dato-dr-hassan-ali-digugurkan.html


http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/sebab-sebenar-pas-pecat-hasan-ali.html

1/05/2012

Demostrasi Jalanan Politik Murahan ?


Jihad abad moden : Dengan demostrasi lah, kerajaan yang zalim dapat ditumbangkan.
Sekarang menanti penubuhan Negara Islam oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir.


"Kalau Rasulullah masih ada, apakah Baginda akan redha dan suka dengan tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi tak tentu fasal ni?", soalnya sinis.

Saya senyum. "Kalau Rasulullah ada, aku yakin yang demonstrasi pun tak akan wujud."

"Kenapa?"

"Kerana jika dunia atau negara ini ditadbir dengan keadilan Islam, pasti tak akan ada sebab untuk rakyat jadi marah."

Dia diam. "Apa kau ingat budak-budak tu suka sangat nak keluar malam-malam? Ingat mereka tu seronok sangat nak berdiri malam-malam tu?"

Kerana bagi saya, demostrasi itu sendiri pun ada khilaf.

Ada ulama kata boleh berdemonstrasi dengan beberapa syarat serta disiplinnya, menurut dalil yang mereka yakini.

Ada juga yang melarang demonstrasi, juga dengan dalil-dalilnya.

Jadi kita yang bukan ulama bebas memilih.

Nak berdemo? Silakan. Cuma pastikan disiplin serta adabnya dijaga.
Tak mahu berdemo? Silakan. Cuma pastikan isunya benar.


Tak wajar sungguh bagi seseorang untuk menggelarkan mereka yang tidak ikut berdemo sebagai pengecut. Kerana itu tidak pula melambangkan mereka berani.

Juga adalah tak wajar untuk seorang yang menolak demonstrasi untuk mengatakan orang yang berdemo sebagai bodoh, kerana ia sama sekali tak menjadikan kita kelihatan lebih bijaksana!

Yang nak berdemo, janganlah hasut orang yang tidak.
Yang tak nak berdemo, juga tak perlulah nak hasut atau caci maki orang yang tak sealiran dengan mereka.


Saya sendiri tak berdemo tapi saya tak akan tergesa-gesa nak kata orang yang berdemo itu bodoh atau bebal.



Petikan dari DRMAZA.COM


"Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara."

Nak berdemo silakan. Tapi, jangan sampai merosakkan harta awam. Sebab  itu adalah adab dalam berjuang. Jangan campurkan sedikit tahi pun dalam air sirap. Orang sukar nak menerima.
Demostrasi tidak salah. Jadi, mengapa harus dibelasah demostran yang menuntut hak mereka?
Sedikit kezaliman yang dilontarkan pasti akan dibalas kelak.

Lebih baik kalian membaca tulisan dalam link-link ini. Semoga bermanfaat.


http://tarbawi.my/index.php/soal-jawab/hukum-feqh/229-bolehkah-demonstrasi-dalam-islam-jawapan-dr-ahmad-abdul-khalek


http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/mahasiswa-vs-polis-kisah-sebenar-yang.html


http://drmaza.com/home/?p=1436#more-1436

Teman Maya