1/08/2012

Berbanding Dr. Hassan Ali, Lebih Baik Aku Dipecat !

Ucapan ini lebih layak untuk aku !

KUALA LUMPUR, 8 Jan : PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Kenyataan Media Presiden PAS


Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.


Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.


Ramai yang mempunyai pandangan  berbeza berkaitan isu pemecatan Dr. Hassan Ali.


Bagi aku pula, aku melihat perlunya setiap ahli gerakan Islam itu bermuhasabah kembali berkaitan isu ini.


Jika ibadah aku boleh dinilai oleh sahabat dan pimpinan aku, maka pantasnya aku dipecat dari jemaah ini.


Jika akhlak sebenar aku diketahui oleh sahabat dan pimpinan aku, maka lebih layak aku ditendang keluar dari jemaah ini.


Jika disiplin aku boleh diukur, maka sepatutnya aku dikeluarkan dari jemaah ini.


Jemaah ini jemaah Islam yang memperjuangkan Islam yang syumul.


Aku tahu tapi aku masih malas dan hanya banyak bercakap daripada beramal.


Solat malam ku sangatlah mengecewakan. Hafazan Quran dan Hadis amatlah menyedihkan.


Hubungan dengan Allah dan manusia tidak dijaga.


Penyakit hati masih lagi bersarang. Riya', ujub, sombong, cinta makhluk dan penyakit mazmumah yang lain masih pekat meng-hitam-kan hati ini.


Maka, layakkah aku untuk berada dalam barisan yang ingin berjuang untuk menegakkan khilafah Islam ini?


Maka, berbading dengan beliau ( Dr. Hassan Ali ), lebih baik aku dipecat !


Cadangan aku untuk pembacaan kalian :


http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7541-tindakan-disiplin-satu-tarbiah


http://u-jam.blogspot.com/2012/01/isu-dr-hassan-ali-olahan-putera-idaman.html


http://www.tintamuallaf.net/2012/01/pemecatan-dr-hassan-ali-siapa-yang-rugi.html


http://www.eperjuangan.com/2012/01/yb-dato-dr-hassan-ali-digugurkan.html


http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/sebab-sebenar-pas-pecat-hasan-ali.html

1/05/2012

Demostrasi Jalanan Politik Murahan ?


Jihad abad moden : Dengan demostrasi lah, kerajaan yang zalim dapat ditumbangkan.
Sekarang menanti penubuhan Negara Islam oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir.


"Kalau Rasulullah masih ada, apakah Baginda akan redha dan suka dengan tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi tak tentu fasal ni?", soalnya sinis.

Saya senyum. "Kalau Rasulullah ada, aku yakin yang demonstrasi pun tak akan wujud."

"Kenapa?"

"Kerana jika dunia atau negara ini ditadbir dengan keadilan Islam, pasti tak akan ada sebab untuk rakyat jadi marah."

Dia diam. "Apa kau ingat budak-budak tu suka sangat nak keluar malam-malam? Ingat mereka tu seronok sangat nak berdiri malam-malam tu?"

Kerana bagi saya, demostrasi itu sendiri pun ada khilaf.

Ada ulama kata boleh berdemonstrasi dengan beberapa syarat serta disiplinnya, menurut dalil yang mereka yakini.

Ada juga yang melarang demonstrasi, juga dengan dalil-dalilnya.

Jadi kita yang bukan ulama bebas memilih.

Nak berdemo? Silakan. Cuma pastikan disiplin serta adabnya dijaga.
Tak mahu berdemo? Silakan. Cuma pastikan isunya benar.


Tak wajar sungguh bagi seseorang untuk menggelarkan mereka yang tidak ikut berdemo sebagai pengecut. Kerana itu tidak pula melambangkan mereka berani.

Juga adalah tak wajar untuk seorang yang menolak demonstrasi untuk mengatakan orang yang berdemo sebagai bodoh, kerana ia sama sekali tak menjadikan kita kelihatan lebih bijaksana!

Yang nak berdemo, janganlah hasut orang yang tidak.
Yang tak nak berdemo, juga tak perlulah nak hasut atau caci maki orang yang tak sealiran dengan mereka.


Saya sendiri tak berdemo tapi saya tak akan tergesa-gesa nak kata orang yang berdemo itu bodoh atau bebal.



Petikan dari DRMAZA.COM


"Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara."

Nak berdemo silakan. Tapi, jangan sampai merosakkan harta awam. Sebab  itu adalah adab dalam berjuang. Jangan campurkan sedikit tahi pun dalam air sirap. Orang sukar nak menerima.
Demostrasi tidak salah. Jadi, mengapa harus dibelasah demostran yang menuntut hak mereka?
Sedikit kezaliman yang dilontarkan pasti akan dibalas kelak.

Lebih baik kalian membaca tulisan dalam link-link ini. Semoga bermanfaat.


http://tarbawi.my/index.php/soal-jawab/hukum-feqh/229-bolehkah-demonstrasi-dalam-islam-jawapan-dr-ahmad-abdul-khalek


http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/mahasiswa-vs-polis-kisah-sebenar-yang.html


http://drmaza.com/home/?p=1436#more-1436

12/28/2011

8 Perkara dalam Kenangan 2011



1. Pemergian Sahabat Baikku

Saat ini merupakan saat yang paling pedih dan sukar untukku terima. Pemergian seorang sahabat baikku, Muhammad Kamalhadi bin Rosli yang telah ku kenal sejak kecil memang menyentap perasaan ini. Dari sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah dan seterusnya ke sekolah berasrama penuh dan terakhirnya memasuki alam universiti. Selain Muhammad Hakim bin Ibrahim, beliaulah teman di kala aku susah dan senang. Beliau telah pergi pada tarikh 24 November 2011 pada malam jumaat.

Kamalhadi ( orang keempat dari kanan ). Gambar diambil semasa program kepimpinan di
SMK Bandar Tasik Kesuma. 
2. Program Pengantarabangsaan ke Cambodia

Program ini merupakan program yang paling bermakna dan bersejarah bagi hidup aku. Taklifan aku sebagai Program Manager memang benar-benar telah  mengajar aku banyak perkara dalam kehidupan ini. Maknanya program ini bukanlah semata-mata pada tarikh 14-20 Jun 2011 (semasa berada di Kampuchea) tapi bagiku adalah pada waktu-waktu sebelum ke Cambodia. Bermula pada 11 Oktober 2011 di saat penstrukturan semula organisasi program ini hingga saat-saat selepas Majlis Penghargaan pada 21 Jun 2011. Pelbagai gerakerja telah diusahakan. Dalam gerakerja itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah terukir.

Gambar diambil semasa pagi terakhir di perkarangan rumah
Mufti Poi Peit Cambodia.
3. Kem Tarbiah

Dalam tahun 2011 juga, aku takkan lupa segala kenangan dan pelajaran yang aku belajar dari sebuah program ini. Selama seminggu, memang peserta betul-betul ditarbiah. Menangis sudah menjadi lumrah sepanjang perjalanan kem itu. Slot yang paling takkan ku lupa adalah slot di mana peserta-peserta yang lain diberi peluang untuk menegur aku. Keras atau lembut, berhikmah atau tidak, itu semuanya tidak penting. Slot itu benar-benar memberi kesan yang terbaik dalam hidup.

Kem tersebut berjaya dalam menyatukan semua konsep tarrbiah
untuk ditanam dalam diri peserta. Serik aku nak sertai kem-kem sebegitu lagi !

4. Mengenali Dunia Baru

Entah mengapa tahun 2011 aku menemui dunia baru. Allah mula merapatkan aku dengan hal-hal berkaitan munakahat. Alhamdulillah. Dalam menambah kafaqihan diri dalam isu-isu berkaitan munakahat seperti khitbah, nikah, kekeluargaan, kewangan, psikologi dan bermacam lagi, Allah masih tidak lagi mencampakkan aku dalam lembah kelalaian. Aku sedar tahun-tahun sebelum ini aku jarang memperkatakan mengenai perkara ini. Mungkin aku sebenarnya semakin menuju ke arah itu.

Cinta itu Haram ?
Tidak !
Couple itu yang Haram !
daripada Couple, baik ber-Tunang terus.
5. Sambutan Hari Lahir di Hospital

Berbeza pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan hari lahirku kali ini memang luar biasa. Penyertaan aku mengikuti Team FRC Nilai untuk suatu program motivasi di SMK Tun Perak Melaka bertukar suatu tarbiah di Hospital Besar Melaka. Dengan tertinggalnya Inhaler Asma aku di rumah, telah menyebabkan aku meringkuk selama 3 hari 2 malam di sana. Paru-paru ku telah dijangkiti kuman setelah 3 kali Rawatan Nebulizer dan X-Ray dilakukan. Walaupun terasa sedikit ‘bangga’ sebab akulah satu-satunya orang muda di wad lelaki, namun persekitaran aku yang dikelilingi oleh orang-orang tua yang pelbagai ragam dan penyakit serta sering dikunjungi oleh doctor dan kakak-kakak jururawat yang baikhati, memang telah memberi macam-macam perkara yang aku boleh belajar. 


5 Ogos 2011 aku tercampak ke hospital ini. Ibubapa aku langsung tidak tahu.
Menyambut ulangtahun ke-20 dengan bermacam kerenah manusia.

6. Program Karnival Remaja di Taman Bukit Kuchai

Bagiku, ini adalah antara usahaku yang terbaik dalam membawa sedikit perubahan dalam masyarakat di kawasan perumahan aku. Dengan kerjasama yang sangat baik dalam Team MRC CFS IIUM, kami telah Berjaya menganjurkan program universiti ke luar kebiasaannya. Dengan konsep Mahasiswa Turun Padang, kerjasama dengan Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas Taman Bukit Kuchai memang mengajar kami banyak perkara.

Salah satu pertandingan yang diadakan semasa program tersebut ialah
Futsal yang telah berjaya menyatukan pemuda-pemuda di situ.
7. Tamat Asasi dan Mula Ijazah

Tarikh 6 September 2011 menjadi tarikh permulaan baru dalam hidupku. Dengan pelbagai catatan hidup sepanjang dua tahun zaman asasi, aku melangkah ke menara gading. Teringat kembali aku merubah keputusan untuk mendaftarkan diri dalam UIA dengan masa tinggal seminggu sahaja lagi. Sebelum itu, aku dah nekad untuk menyambung pelajaran ke sebuah kolej swasta dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. 2 tahun di Malaysia dan kemudian 2 tahun di USA. Foundation dan Degree dalam 4 tahun. Pembiayaan oleh MARA. Memang terbaik tawaran itu tetapi alhamdulillah terbaik lagi hidup di UIA walaupun makan masa 6 tahun.

Menara Gading: Segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dan Anugerah Royal Award
menjadi target. Semoga ibubapaku, adik-beradikku dan isteriku dapat melihat graduasi aku kelak.

8. MRC Leadership Training Workshop 2011

Bagiku program ini merupakan bengkel kepimpinan yang paling terbaik selepas Kem Kepimpinan Ketua Pelajar SBP 2008 yang lalu. Diadakan di Impian Morib Resort, program kali ini padat dengan aktiviti keseronokan yang penuh pelajaran dan hikmah sehinggakan kami berjaya mengaplikasikan modul dan aktiviti ke dalam program kami yang lain seperti di KESUMA, Al-Falah dan di Cambodia sendiri. 


Salah satu aktiviti semasa di LTW adalah membina
Menara Batang Paip dalam swimming pool.
Sekian, cerita ringkas tahun 2011 aku. Semoga 2012 datang dengan penuh macam warna-warni cabaran. Mengharapkan agar diriku lebih baik dengan menjadi lebih bertaqwa. Amin.



11/20/2011

V-log : Pengakuan Berani Mati Pasal Aurat Wanita



Astaghfirullah...banyakkan habuk kat blog aku ini. Dah lama aku tak update rupanya. Adoyaiii...


Mungkin ramai di antara kalian yang sudah menonton video di atas. Alhamdulillah makin berkembang video ini. Sudah disaksikan lebih belasan ribu penziarah Youtube.


Video ini sebenarnya first-first ditayangkan pada penghuni Mahallah (Asrama) Zainab Jahsy, Pusat Asasi UIAM yang pada waktu adalah pada Taaruf Week 2011/2012 (Minggu Orientasi). Kami tiga orang ditemuramah oleh salah seorang Lecturer dan juga Fellow mahallah tersebut. Kebetulan kami bertiga memang berada di sana kerana sedang menjalankan gerakerja untuk Program Baktisiswa Cambodia 2.0 (nanti aku cerita). Pada mualanya, Lecturer (siapa namanya,aku dah lupa) itu sendiri yang ingin meng-edit video itu. Namun,barangkali sibuk, aku dipertanggungjawab. Maka, kerana terdapat lebih banyak kebaikan, maka aku post-kan pada YouTube sungguhpun terdapat sesetengah membangkang dek kerana jelas-jelas video itu menyebutkan nama UIAM. (ada aku kisah?).


So, layanlah sendiri video ini...


Renung-renungkan dan selamat beramal !

8/03/2011

Puasa Bekalan Buat Para Daie (Mustafa Masyhur)


Kami telah sebutkan bahawa ‘ibadat sembahyang, puasa, zakat dan haji dianggap sebagai sumber yang penting dan dinamik untuk menjadi bekalan di jalan da’wah. Kami telah pun cuba menerangkannya pada perkara yang berkaitan dengan sembahyang. Di sini pula kami menjelaskannya perihal yang berkaitan dengan puasa. Firman Allah Subhanahu waTa’ala:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)
Orang yang berpuasa mendapat pakaian taqwa. la merupakan perisai yang mempertahankan diri daripada kejahatan dan fitnah. ‘Ibadat puasa lebih istimewa daripada ‘ibadat-’ibadat yang lain kerana ia dinisbahkan secara khusus kepada Allah. Daripada Abi Hurairah Radiyallahu ‘anhu:
Bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam: Allah ‘Azzawajalla berkata: “Setiap amalan anak Adam adalah untuknya melainkan puasa. la adalah untukku dan Akulahyang membalasnya. Puasa adalah perisai. Apabila seseorang itu berpuasa pada suatu hart maka janganlah mengungkapkan perkataan yang jelek dan janganlah menengking. Sekiranya seseorang mencelanya atau menyerangnya, maka kata-kanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa “Demi yang diri Muhammad di tanganNya, sesungguhnya berubahnya bau mulut orang berpuasa adalah lebih baik disisi Allah dari bau kasturi. Orang yang berpuasa merasai dua kegembiraan. Apabila ia berbuka, ia bergembira. Dan apabila ia bertemu dengan Tuhannya, ia bergembira dengan puasanya.”
(Muttafaqun Alaih)
Fardu puasa terikat dengan bulan Ramadan. Apabila di­sebut Ramadan seolah disebut syurga yang amat luas. Seorang Muslim merentasinya, seolah-olah iaberjalan di tengah-tengah padang pasir kehidupan yang bahang panasnya tidak terperi dan terpaksa menempuhi pelbagai fitnah, maka puasalah yang menjadi bekalan dan memberikan kebaikan kepadanya. Ianya difardukan pada bulan Ramadan agar bekalan dapat digandakan dan bertambahlah seri dan kebaikan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengkhususkan pada bulan Ramadan kebaikan yang banyak. Jika kita mengetahuinya nescaya kita mengimpikan agar sepanjang tahun dijadikan sebagai bulan Ramadan. Pada bulan ini Al-Qur’an diturunkan:
Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antarayang benar dengan yang salah
(Surah Al-Baqarah: Ayat 185)
Padanya terdapat malam Lailatulqadar. Malam yang lebih baik dan seribubulan. Pada bulan ini, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan ditambat, ganjaran amalan digandakan, dan dilakukan i’tikaf dan qiamullail. Demikianlah seorang Muslim yang benar menyambut bulan Ramadan dengan gembira. Orang mu’min gembira dengan kelebihan dan rahmat Allah. la melapangkan diri dari bebanan kehidupan. la menambah dan memperbaharui kecergasannya untuk menyambung semula perjalanan di jalan. Sesiapa pun tidak merasa keenakan kebaikan itu dan mendapat bekalannya melainkan mereka yang menjalani ‘ibadah puasa Ramadan seperti yang ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wasallam.
Pada bulan Al-Qur’an, pendampingan kita terhadap Al-Qur’an juga bertambah dengan membaca, mengamal, menghafal dan menggunakannya untuk qiamullail. Lalu kita memperolehi bekalan dari sumbernya yang sebenar. Ia tidak memadamkan nur, hikmah, hidayah dan pengajaran. Bahkan mengubati apa yang di dalam dada. Itulah bekalan yang amat baik.
Pada bulan Ramadan, orang yang berpuasa melakukan qiamullail pada setiap malam selama sebulan. Padanya terdapat bekalan yang padat. Dengan cara itu, ia membiasakan diri untuk ber’ibadat dan bersabar melakukan dan merasainya. Seterusnya, menjalinkan hubungan yang berterusan, mendekatkan diri, khusyu’ dan tunduk kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Pada bulan Ramadan, disunatkan i’tikaf yang memberikan kesan tersendiri dan membentuk jiwa. Orang yang beri’tikaf menjadi tetamu Allah di rumah Allah. Ia telah meninggalkan kesibukan urusan hidup untuk menumpukan keta’atan dan taqarrub(mendekatkan diri) kepada Allah dengan zikir, sembahyang, do’a, munajat, membaca Al-Qur’an, istighfar, taubat, dan menangis kerana takutkan Allah. Demikianlah Allah Subhanahu wa Ta’ala memuhakan tetamunya, lalu melimpahkan nur dan hidayat ke atas mereka. Setelah itu, mereka keluar dengan berbekalkan taqwa, iman dan petunjuk. Di dalam ayat-ayat puasa engkau mendapati firman Allah:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdo ‘a apabila ia berdo ‘a kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(Surah Al-Baqarah: Ayat 186)
Puasa menghasilkan sifat ikhlas dan mengelokkan ingatan hati terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala, kerana ia adalah rahsia antara hamba dan Tuhannya. Ikhlas kepada Allah ada­lah antara bekalan terbesar dan paling perlu bagi setiap Muslim di jalan da’wah. Tiada kebaikan daripada ‘amalan atau usaha yang tiada keikhlasan kepada Allah. Allah Subhanahu wa Ta’ala terkaya daripada segala sekutu. Allah tidak menerima sebarang ‘amalan melainkan yang ikhlas kepadaNya.
Puasa menghasilkan mujahadah terhadap keinginan nafsu dan jasad. Ia menguatkan kemahuan Muslim. Inilah bekalan yang mesti dan daruri bagi da’i kepada Allah dan mujahid di jalanNya. Puasa menahan kemahuan nafsu syahwat dan suatu yang halal dalam satu jangka waktu, pada setiap hari, selama sebulan. Perbuatan sebegini membantu seseorang untuk me-negah diri daripada benda yang haram pada waktu-waktu yang lain.
Puasa menghasilkan kesabaran. Ia adalah suatu sifat yang sentiasa ada pada para da’i kepada Allah. Ia membantu mereka bersabar mengharungi halangan dan meneruskan perjalanan di jalan da’wah tanpa rasa hina, lemah dan ingin tunduk kepada musuh.
Maka mereka tidak merasa lemah semangat akan apa yang telah menimpa mereka pada jalan (agama) Allah dan mereka juga tidak lemah tenaga dan tidak pula mahu tunduk (kepada musuh). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengasihi orang-orang yang sabar.
(Surah Ali-’Imran: Ayat 146)
Sebarang gertakan atau janji buruk, ancaman, penyeksaan atau pengusiran tidak melewatkan mereka sedikit pun.
Puasa mendidik dan membendung anggota badan selama sebulan. la telah terbiasa dengannya. Puasanya tidak terbatas pada menahan syahwat perut dan kemaluan sahaja. Malahan puasa yang sebenar ialah puasa seluruh anggota dari segala apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala haramkan. Mata, telinga, lidah, tangan dan kaki juga berpuasa di samping mulut dan kemaluan. Inilah suatu bahagian tarbiyyah yang penting dalam personaliti Muslim.
Puasa membentuk budi-pekerti yang lemah-lembut terhadap orang jahil. Apabila seseorang itu mencetuskan kemarahan orang yang berpuasa dengan mencela atau memarahinya, ia menahannya dan berlemah-lembut seraya berkata: “Sesungguhnya aku berpuasa.” Para da’i kepada Allah amat memerlukan akhlaq sebegini seperti mengawal nafsu, berlapang dada dan tidak marah semata-mata kerana keinginan nafsu. Semua itu merupakan suatu impak yang baik pada kemaslahatan da’wah:
kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu
(Surah Ali-’Imran: Ayat 159)
Ia menjimatkan waktu dan tenaga untuk kemaslahatan da’wah dan penghasilan, berbanding membuang waktu dan tenaga lantaran berlaku kemarahan di dalam perdebatan, perselisihan, menentukan sesuatu danberdamai semula. Tatkala itu, da’wah dan segala sesuatu penghasilan dan gerak-kerja akan menjadi mangsa. Benarlah firman Allah yang Maha Besar:
Dan tidaklah soma (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik
(Surah Fussilat: Ayat 34)
Puasa mendidik hati mengasihani golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan. Ketika mana seseorang itu berasa lapar, ia bersegera menghulurkan tangan untuk membantu mereka. Justeru, disyari’atkan zakat fitrah untuk menguatkan dan mengingatkan pengertian yang sedemikian. Inilah suatu aspek tarbiyyah yang penting dan mesti ditegakkan di kalangan kaum Muslimin.
Semasa berpuasa, perut dikosongkan dan pemakanan dikurangkan. Kedudukan roh menjadi tinggi, hati menjadi jernih, seterusnya hijab dan tarikan duniawi terhindar. Kejernihan dan sinaran memancarkan cahaya kebenaran di dalam hati. Maka teranglah hati, dan nafsu pun bersedia untuk menjalani proses tazkiah dengan zikir, bacaan Al-Qur’an, istighfar, taubat dan do’a. Lahirlah kebahagiaan hakiki, keselesaan ruh dan perasaan mendekati Allah. Pengertian ini menguatkan sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:
Sesungguhnya syaitan berjalan di dalam diri anak Adam melalui saluran darah, maka sempitkanlah laluannya dengan berlapar.
(Muttafaqun Alaih)
Puasa pada hari yang amat panas khususnya, dapat mempersiapkan diri Muslim dengan kesabaran dan kesanggupan mengharungi medan jihad, peperangan dan pertarungan dengan musuh atau menghadapi situasi sukar di dalam bidang da’wah. Tarikan duniawi dan tuntutan jasmani tidak menjadi penghalang atau menyukarkan untuk meneruskan perjalanan da’wah.
Puasa mengajar bagaimana seharusnya seorang mu’min bergembira dengan taufiq dan pertolongan daripada Allah untuknya melaksanakan ‘ibadat dan mengikhlaskan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah mengingatkan kita bahawa orang yangberpuasa mendapat dua kegembiraan: Apabila ia berbuka dan sewaktu ia bertemu Allah dengan puasanya. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Katakanlah (wahaiMuhammad) kedatangan Al-Qur’an itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Qur’an itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan (dari segala benda dan perkara yang tidak kekal).
(Surah Yunus: Ayat 58)
Perkara ini memperbetulkan gambaran yang salah pada kebanyakan orang, mereka bergembira apabila mendapat kebendaan dunia dan bersedih ketika kehilangannya.
Puasa mengukuhkan pengertian jama’ah di dalam diri. Kaum Muslimin di seluruh dunia berpuasa pada bulan yang sama. Mereka merasai kebaikan dengan sebab puasa dan bulan Ramadan disertai bersama saudara mereka di seluruh dunia yang berlainan keturunan. Perasaan kesatuan di antara kaum Muslimin adalah perkara yang penting dan perlu khususnya mereka yang menjalankan usaha da’wah.
Oleh kerana ‘ibadah puasa mengandungi kebaikan, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam telah “mensunatkannya” pada hari-hari yang tidak wajib kita melaksanakannya, sepanjang tahun. Baginda menggalakkan kita melakukannya lantaran kesungguhan dan kecintaannya kepada perkara yang baik.
Oleh kerana, rahmat Allah kepada kita dan Allah menyukai suatu yang baik kepada kita, dipermudahkan salat ketika kita musafir, sakit dan peperangan. Allah hanya meringankannya sedikit sehingga kita tidak meninggalkannya langsung dan tidak mendapat kebaikan dan bekalan darinya. Berpunca daripada rahmat Allah, dan supaya tidak membcban-kan kita, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah memberikan keringanan kepada mereka yang bermusafir atau sakit. Mereka dibolehkan meninggalkan puasa Dengan menggantikannya pada hari lain atau membayar fidyah.
Puasa menghubungkan Muslim dengan alam semesta yang mengandungi bulan dan bintang. Mereka memerhatikannya untuk mengetahui awal bulan dan melihatauak bulan pada awal bulan Ramadan dan bulan Syawal. Dengan cara ini, mereka mengenali penciptaan Allah yang menunjukkan kepada kebesaran dan kekuasaanNya.
Puasa membiasakan Muslim mementingkan dan menepati masa. Setiap orang yang berpuasa meneliti waktu imsak dan waktu berbuka. Mereka menghalusinya agar puasa tidak terbatal dengan sebab pengabaian atau tidak teliti. Perbuatan sebegini berulang-ulang selama sebulan sehingga boleh melengkapkan diri seseorang dengan karektor tersebut. Para da’i kepada Allah pada hari ini amat memerlukannya di dalam kehidupan dengan da’wah, perjumpaan dan pekerjaan, supaya ia tidak membantutkan perkara yang penting atau mensia-siakan masa orang lain tanpa faedah.
Di samping itu, puasa memberikan kesan kesihatan yang baik kepada jasad. Mutakhir ini, ilmu kedoktoran moden telah mendedahkan hakikat tersebut. Sebahagian rumah sakit telah menjadikan puasa sebagai cara yang berkesan untuk mengubati kebanyakan penyakit.
Semua ini adalah bekalan dan kesan tarbiyyah dari puasa. Bulan puasa senang untuk dilalui kepada sesiapa yang benar niatnya dan berpuasa sepertimana yang dikehendaki Allah dan diajar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam.
Apa yang kita lihat pada hari ini, sebahagian besar kaum Muslimin telah menukarkan bulan puasa kepada bulan menjamah dan membanyakkan makanan. Sepatutnya, kita perlu berlapar dan mengurangkan makanan. Bulan ‘ibadat, qiamullail dan Al-Qur’an telah bertukar menjadi bulan yang melekakan dan berjaga malam dengan perbuatan yang sia-sia. Ianya telah menjadi peluang kepada seniman dan seniwati untuk menghidupkan malam-malam bulan Ramadan dengan perkara yang buruk dan membinasakannya. Saya mengatakan bahawa perhimpunan mungkar ini telah mencemar hakikat Ramadan. Keadaan ini tidak diredai Allah dan juga RasulNya. Kita mestilah berusaha membetulkannya.
Akhir sekali, saya bermohon kepada Allah agar memanfa’atkan kita dengan Ramadan dan bekalan puasa. Apa yang telah saya sebutkan bukanlah suatu yang telah meliputi tajuk ini tetapi hanyalah sebahagian daripada aspek-aspeknya. Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan manfa’at kepada kita.

Teman Maya