1/05/2012

Demostrasi Jalanan Politik Murahan ?


Jihad abad moden : Dengan demostrasi lah, kerajaan yang zalim dapat ditumbangkan.
Sekarang menanti penubuhan Negara Islam oleh Ikhwanul Muslimin di Mesir.


"Kalau Rasulullah masih ada, apakah Baginda akan redha dan suka dengan tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi tak tentu fasal ni?", soalnya sinis.

Saya senyum. "Kalau Rasulullah ada, aku yakin yang demonstrasi pun tak akan wujud."

"Kenapa?"

"Kerana jika dunia atau negara ini ditadbir dengan keadilan Islam, pasti tak akan ada sebab untuk rakyat jadi marah."

Dia diam. "Apa kau ingat budak-budak tu suka sangat nak keluar malam-malam? Ingat mereka tu seronok sangat nak berdiri malam-malam tu?"

Kerana bagi saya, demostrasi itu sendiri pun ada khilaf.

Ada ulama kata boleh berdemonstrasi dengan beberapa syarat serta disiplinnya, menurut dalil yang mereka yakini.

Ada juga yang melarang demonstrasi, juga dengan dalil-dalilnya.

Jadi kita yang bukan ulama bebas memilih.

Nak berdemo? Silakan. Cuma pastikan disiplin serta adabnya dijaga.
Tak mahu berdemo? Silakan. Cuma pastikan isunya benar.


Tak wajar sungguh bagi seseorang untuk menggelarkan mereka yang tidak ikut berdemo sebagai pengecut. Kerana itu tidak pula melambangkan mereka berani.

Juga adalah tak wajar untuk seorang yang menolak demonstrasi untuk mengatakan orang yang berdemo sebagai bodoh, kerana ia sama sekali tak menjadikan kita kelihatan lebih bijaksana!

Yang nak berdemo, janganlah hasut orang yang tidak.
Yang tak nak berdemo, juga tak perlulah nak hasut atau caci maki orang yang tak sealiran dengan mereka.


Saya sendiri tak berdemo tapi saya tak akan tergesa-gesa nak kata orang yang berdemo itu bodoh atau bebal.



Petikan dari DRMAZA.COM


"Adapun cara yang hendak dicapai iaitu dengan melakukan demonstrasi, pada asasnya ia sesuatu yang harus melainkan jika diiringi dengan perkara-perkara haram seperti kerosakan harta benda awam, pergaduhan dan penonjolan akhlak yang buruk. Nabi s.a.w dalam hadis pernah mengajar sahabat yang disakiti jirannya untuk membuat bantahan di jalan. Dalam hadis itu sahabat tersebut mengadu kepada Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya jiranku menyakitiku”. Sabda Nabi s.a.w: “Keluarkan baranganmu dan letakkannya di jalan”. Maka lelaki itu mengambil barangannya dan letak di jalan. Lalu, setiap orang yang melintas bertanya: “apa yang berlaku kepadamu?”. Dia menjawab: “Jiranku menyakitiku”. Maka mereka berkata: “Ya Allah laknatilah dia, Ya Allah hinalah dia”. Dengan sebab itu, jirannya berkata: “Kembalilah ke rumahmu, aku tidak akan sakitimu lagi”. (Riwayat al-Bazzar dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Ahmad Syakir menilainya sebagai sahih).
Ini menunjukkan bahawa mengajak orang di jalan membantah kezaliman adalah dibolehkan. Dalam konteks politik hari ini, demonstrasi aman sebahagian dari cara pencegahan munkar politik yang telah terbukti keberkesanannya di banyak negara."

Nak berdemo silakan. Tapi, jangan sampai merosakkan harta awam. Sebab  itu adalah adab dalam berjuang. Jangan campurkan sedikit tahi pun dalam air sirap. Orang sukar nak menerima.
Demostrasi tidak salah. Jadi, mengapa harus dibelasah demostran yang menuntut hak mereka?
Sedikit kezaliman yang dilontarkan pasti akan dibalas kelak.

Lebih baik kalian membaca tulisan dalam link-link ini. Semoga bermanfaat.


http://tarbawi.my/index.php/soal-jawab/hukum-feqh/229-bolehkah-demonstrasi-dalam-islam-jawapan-dr-ahmad-abdul-khalek


http://amenoworld.blogspot.com/2012/01/mahasiswa-vs-polis-kisah-sebenar-yang.html


http://drmaza.com/home/?p=1436#more-1436

1 comment:

Afiqah Zulkifli said...

sedikit perkongsian hasil usrah senior ana bersama UZAR,

http://chanotts.blogspot.com/2011/02/demo-tidak-syarie.html?m=1

http://akmalamri.wordpress.com/2010/06/08/kenapa-nak-boikot-kenapa-nak-demo/

Teman Maya