4/26/2010

Pesanan dari-Ku untuk-Ku


Alhamdulillah hari ini saya mula kembali dalam bidang penulisan. Menulis dalam alam maya ini. Entah mengapa saya ‘terberhenti’ begitu lama.

Mungkin kerana mencari rentak baru. Rentak ilmu,idea, hikmah,semangat dan keikhlasan. Harap-harap bukan kerana putus asa dalam dakwah ini.

Ya kata pujangga kalau kita hendak banyak memberi maka kita perlu banyak menerima. InsyaAllah dengan ‘puasa’ saya ini, 1001 hikmah pengalaman dan buah pelajaran telah Allah tunjukkan.

Kerap kali keazaman kita di garisan permulaan tidak berterusan hingga ke pengakhiran. Tersangkut di pertengahan jalan. Kembali mencari kekuatan.  Bagi yang mempunyai kemampuan, akan menyambung perjalanan. Tetapi yang malang, akan terus tenggelam dalam kegelapan. Tidak sedar diri dibelenggu rantaian kemalasan.

Inilah pesanan khusus buat diriku. Istiqamah dalam dakwah tinta dan pena. Harap-harap dapat mengakhirkan dengan keredhaan setelah memulakan dengan kerelaan.

"Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan" (Surah Hud 11:112)

1 comment:

Azhar Al-Banna said...

'istiqamah' itu senang dilafazkan tapi susah untuk dilaksanakan

Teman Maya