1/23/2011

Tunang


Entah mengapa sejak dua menjak ini, banyak sekali perbincangan mengenai tunang hadir dalam hidup ini. Dari dalam bilik sehinggalah ke luar bilik. Kawan-kawan bertanya dan menjawab. Bagaimana hendak bertunang? Apa beza bertunang dengan bercouple? Apa batas pergaulan dalam tunang? Oleh itu, kali ini aku ingin kongsi serba sedikit perkara mengenai tunang.

Banyak yang menyangka bertunang mesti dengan menghantar rombongan melamar ke rumah pihak perempuan. Dimulai dengan pantun dan diakhiri dengan upacara pemakaian cincin pertunangan . Ketahuilah, itu semua hanyalah adat. Kita Islam. Kita ada syariat. Bukan kita menolak adat tetapi kita ingin utamakan syariat.

Cukuplah ikatan tunang itu terjalin bilamana pihak muslimat menyatakan persetujuan untuk menerima pihak muslimin sebagai teman hidup. Sebaiknya gunakan orang tengah bagi menyatakan kehendak dan menanyakan status semasa. Tidak semestinya dengan mengadakan majlis pertunangan bagi mengumumkan. Cincin tidak wajib tetapi kalau ada, maka lebih baik sebagai tanda. Ingat, ini baru bertunang bukan perkahwinan. Bukan walimatul urus. Oleh itu, hebahannya perlu ada limitasi.

Tatkala, pertanyaan oleh pihak muslimin diutarakan kepada pihak perempuan, maka saat inilah yang menjadi titik perbezaan antara tunang dengan couple. Keputusan yang ingin diberikan akan disertai dengan berkat daripada musyawarah dan solat istikharah. Bukan seminggu tapi lebih daripada itu. Perbincangan dengan keluarga dan kekuatan daripada Allah untuk memberikan keputusan ‘YES’ pada pinangan daripada pihak lelaki menjadikan ikatan yang terjalin lebih serius.

Bila sudah menjadi tunang orang, masing-masing menyedari akan hakikat persediaan mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Akad melalui nikah menjadi penantian. Persediaan luaran dan dalaman sentiasa dikejar agar masing-masing dapat memberikan yang terbaik bila majlis pernikahan tiba. Prestasi akademik, kerja, persediaan ilmu dan pemikiran, kursus perkahwinan dan perkara yang bersangkutan akan menjadi target dalam hidup.

Namun, sedar tidak sedar, ramai yang tersalah cara dan langkah bila ikatan tunang sudah terjalin.

to be continued...

5 comments:

MZ said...

em..pendokumentasian tutorial anda?
bgs u dikongsi..
belajar dr pengalaman..moga mematangkan diri

Izzati Nur said...

terbaik azhar!!

tisu ni mmg byk diperkatakn skrg..

Izzati Nur said...

eh isu =)

Azhar Al-Banna said...

MZ : menulis x semestinya dr pengalaman...

Izzati : kena mahir bab2 ni sbb perkara ni akan wajib kita lalui nnt..

Unknown said...

eleh, cakap blog org kontroversi habis. dia pun, more or less jugak..

betul cakap kau azhar, tak boleh hebah-hebahkan sangat macam esok dah nak buat walimatul-urus dah. sbb, karang tak jadi, malu pulak kan. melainkan, ada pihak ketiga masuk pinang si perempuan.

anyway, all the best utk kau. jgn lupa, tbk tu dekat je dgn rumah aku, so hukum aku menghadiri kenduri kawen tu, WAJIB, lapar ni, faham? haha

Teman Maya