4/17/2011

Lesen P



*Abdul dan Nor bukan nama sebenar ya*


Abdul : Weyh, Nor, ko bawa lah bawa motor ni plak. Aku penat sikit ar.


Nor  : Blurrpp...hurmmm....ok2...
 

Tempat ditukar. Dari posisi penunggang ke pemandu. Memegang tampuk pemanduan. Steering dipegang. (eh2, motor nyer pun dipanggil steering ek ?)


Abdul memeluk daku. (cehh, cam romantik plak) Gear satu masuk. Motor mula bergerak.
 

Alhamdulillah. Dari Puchong Indah hingga ke Petaling Jaya, aku berjaya dengan selamat.

Walaupun sepanjang pemanduan, aku ditegur banyak kali oleh Che, seperti langgar lubang, tangan keras dan bermacam lagi, namun aku endahkan.


Demikianlah kisah epik ku pada 27 March malam tu.


Aku dah berubah. Aku dah tak takut untuk menaiki motor meredah jalan raya utama. Jika dulu, setakat kawasan perumahan je, tapi kini aku dah maju.


Perubahan. Itulah yang aku mahu. Itulah jua yang manusia lain mahu. Berubah terus maju. Ke hadapan. Lebih baik. Itulah perubahan yang diimpikan.


Namun, bukan mudah untuk mengecapi perubahan. Nak perubahan, perlukan sokongan persekitaran.


Percaya dan peluang. Inilah yang aku perlukan untuk berubah. Inilah juga manusia lain perlukan untuk melakukan perubahan. Percaya dan peluang.


Berikan peluang. Berikan kepercayaan.



Aku tahu aku tiada lesen motor. Abdul pun tahu aku tiada lesen. Bukan sebab fail ujian. Nak mendaftar kelas memnadu tak pernah lagi.

Risiko kemalangan ada sahaja memandangkan traffik agak penuh malam itu. Risiko disaman lagi lah ada. Lesen P 'memang' aku ada (dengan gaya Owh Yeah).


Namun, kepercayaan itulah yang Che berikan. Peluang yang ku raih.



"We give Chances, We get Changes" 



Mungkin inilah yang dimaksudkan dengan Taubat. 



Sungguhpun maksiat kecil dan besar kerap kali kita buat, namun, peluang Dia berikan. Kerana Dia percaya kepada kita. Dia tahu kita boleh berubah.



Dari Abu Musa Abdullah bin Qais Al-Asy'ary r.anhu dari Nabi Muhammad s.a.w, beliau bersabda, " Sesungguhnya Allah Taala senantiasa membentangkan tangan-Nya pada waktu malam untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu siangnya dan membentangkan tangan-Nya pada waktu siang untuk menerima taubat orang yang berbuat jahat pada waktu malamnya. Yang demikian itu berlangsung terus sampai matahari terbit dari sebelah barat (hari kiamat) " (Riwayat Muslim)



Tapi, adakah kita berubah?


Sepatutnya kita berubah.



Jika Allah telah memperlakukan kita sedemikian rupa maka apakah pantas kita tidak memberikan peluang kepada orang lain untuk berubah?



Lupakah kalian pada sirah nabawiyah : kisah seorang Arab Badwi yang buang air kecil di masjid? Apa yang Rasulullah s.a.w buat? Tidak sama tindakan baginda dengan beberapa sahabat yang ingin sahaja membelasah orang arab itu. Baginda beri peluang.



Kalian jangan juga pada kisah pengislaman Khalid Al-Walid. Sungguhpun beliau merupakan orang utama yang menentang pasukan Islam pada Perang Uhud, namun beliau tetap diterima Nabi s.a.w sebagai orang Islam selepas itu. Bahkan, diberi kepercayaan untuk menggempalai beberapa peperangan menentang musuh Islam. Beliau berubah. Sebab Nabi s.a.w beri kepercayaan dan peluang.



Dengan ini, saya mengulangi pertanyaan saya kembali : Jika Allah telah memperlakukan kita sedemikian rupa maka apakah pantas kita tidak memberikan peluang kepada orang lain untuk berubah?



Menjadi seorang ketua perlu bersikap rational bukan emotional semata-mata. Tindakan anda yang cepat menghukum tanpa mendengar alasan bakal mengundang rasa tidak selesa dari anak buah anda. Berilah peluang. Berilah kepercayaan. Sedarilah, kesalahan itu juga berpunca dari anda juga, wahai orang yang bernama Ketua.



Berilah Lesen P : Percaya dan Peluang.



To be continued... 


1 comment:

Anonymous said...

terbaih ah, hee..
tp bile dh ade peluang utk berubah pastikan ade istiqamah pulak..

Teman Maya