7/10/2011

Memang Hampeh Solat Anda !



“Maka kecelakaan besar bagi orang-orang yang solat” 
(Surah Al-Ma’un 107 : 4)

Aku memulakan tazkirah dengan membaca ayat tersebut. Kemudian, aku melontarkan persoalan ini yang mengerutkan dahi-dahi jemaah yag hadir.

“Siapa yang pelik dengan ayat ini?”.

Ada yang angkat tangan tetapi sedikit. Banyak pula yang mula kehairanan.

“Kenapa nak pelik pulak?”, satu suara keluar menanyakan aku kembali.

Aku pula berkerut dahi. Aku tanya mereka kemudian mereka pula bertanya aku semula.

Persoalan dijawab dengan persoalan.

Siapa yang tidak pelik bilamana Allah mencelakakan orang-orang yang solat sedangkan solat itu merupakan ibadah yang paling ‘core’ dalam Islam. Orang yang sedang berbuat baik pun dicelakakan Allah !

Mengapa perkara ini berlaku? Mengapa perbuatan yang sebegitu tinggi nilainya dalam Islam yakni solat pun boleh mendapat kecelakaan dari Allah ?

Dalam ayat seterusnya Allah menjawab mengapa orang-orang yang solat dicelakakan.

“(Iaitu) Mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya. (Juga iaitu)orang-orang yang berkeadaan riak” (Surah Al-Ma’un 107 : 5-6).

Allah menyatakan 2 sebab utama mengapa Allah mencelakakan orang-orang yang bersolat.

Pertama : Lalai

Mengikut tafsiran para ulama’, ada 3 maksud lalai iaitu :

1) Lalai sehingga solat fardhu yang ditunaikan sudah menghampiri waktu solat yang lain atau sehingga terpaksa meng’qada’kannya.
2) Lalai dalam solat sehingga terlupa bilangan rakaat atau rukun solat.
3) Lalai yakni tidak khusyuk dalm solat.

Kedua : Riak

Cara Yang Terbaik

Bagi mengelakkan diri kita daripada tergolong dalam orang yang tercelaka solatnya, maka ada 3 perkara yang kita (keutamaan pada lelaki) patut praktikkan. Inilah cara sebanar yang Nabi s.a.w bilamana ingin menunaikan solat fardhu.

1) Menunaikan solat fardhu dengan berjemaah.
2) Menunaikan solat fardhu pada awal waktu.
3) Menunaikan solat fardhu di tempat azan dilaungkan.

Maka, marilah kita memuhasabah kembali solat kita sempena peristiwa Isra’ Mi’raj ini. Peristiwa yang menyaksikan perintah solat 5 waktu diturunkan.

to be continued...

No comments:

Teman Maya