8/06/2010

Promosi Hebat Ramadhan


Tren Ramadhan dah nak sampai ke stesen aku...

Perkhidmatan tren yang hanya sekali setahun...

Aku pulak masih lagi tak prepare, banyak lagi barang tak di-packing lagi...

Iman masih tak dibasuh lagi, Ibadah pula masih di jemuran, Akhlaq lagi ar entah ke mane, tak terjumpa di sini...

Aku takut aku hanya sempat tengok tren ni datang tanpa menjemput aku...

Menjemput aku ke stesen yang amat ku nantikan...

Bukan Stesen Syawal!

Tapi stesen yang menemukan aku pada Madrasah Ramadhan...

Sebuah sekolah yang mengajar erti Taqwa...

Tak makan bukan sebab tiada makanan....

Tak minum bukan sebab tiada air...

Tak cakap banyak bukan sebab hilang suara...

Tapi sebab memang kita tak nak buat itu semua pun...

SENGAJA mengelak berbuat demikian walaupun keseorangan diri sedar tanpa mata manusia yang melihat...

Berbuat demikian sebab mengharapkan sesuatu...

Mengharapakan agar di-diskaun-kan dosa atau di-biasiswa-kan terus pinjaman kifarah dosa...

Mengharapakan agar mendapat free redemption of pahala...

Beberapa hari lagi sahaja tinggal sebelum tren itu sampai...

Yang pasti, tiada 'kasihan' buat aku...

Untuk relax dan 'huahuahua'...

Waktu berdiri, duduk, baring, makan, belajar, bekerja semuanya akan di-sambil-kan sekali dengan zikir...

Zikir melalui Ibadah mahupun Dakwah...

'All-Out' time Ramadhan ni !!!

Firman Allah s.w.t,"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu BERPUASA sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu BERTAQWA"(Surah Al-Baqarah 2:183)

No comments:

Teman Maya