9/28/2010

JOM Masuk Neraka Sama2 !!!


Pada suatu hari,ketika kaki ini sedang melangkah ke suatu tempat,terdengarlah akan dua pasang telinga ini akan suatu dialog yang agak menarik oleh beberapa saudara kita.Cuba Ikuti dialog tersebut yang berjaya dirakamkan dalam kotak hard disk otakku...

Saudara A: Heyh! Ko dah semayang asar ke blom?
Saudara B: Dahlah! Aku semayang waktu ko tengah nyanyi lagu tadi dalam bilik tadi.
Saudara A: Aikkkk....camne ko bleh semayang dan bleh ingat apa yang aku nyanyi tadi? Hahah...Ko tak khusyuk lah ni.
Saudara B: Alah...Imam Syafei lagi larr tak khusyuk selama 43 tahun dalam semayang.

Apa pandangan korang berhubung dialog di atas?Lucu?Geram?Hurmm...Aku tak nak komen dari segi tatabahasa dan penggunaan ayat yang mereka berdua gunakan tapi ini pandanganku:
 
Benarkah Imam Syafei...
Benarkah Imam Syafei tidak khusyuk dalam solatnya? Benarkah Imam Umat Islam ini tidak khusyuk dalam sembahyangnya? Benarkah manusia yang telah hafiz Quran sejak umur tujuh tahun(Drjh 1)ini tidak khusyuk dalam solatnya? Benarkah insan yang yang telah mencapai taraf ulama sejak berumur 15 tahun(Ting.3)ini tidak khusyuk dalam sembahyangnya? Sahkah sangkaan ini terhadap Bapa Ilmu Usul Fiqh ini? Betulkah insan ini yang akan pengsan bila membicarakan soal mati ini tidak khusyuk dalam solatnya? Ketahuilah ulama2 dari dahulu hingga sekarang tidak henti2 mengiktiraf akan jasa dan ilmu yang dimiliki oleh insan pilihan ini. Selain Khalifah Umar Abdul Aziz dan Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, ulama2 juga telah bersepakat bahawa Imam Syafei juga tergolong dalam manusia2 pilihan Allah seperti yang dimaksudkan Nabi s.a.w dalam hadisnya: “Sesungguhnya Allah akan membangkitkan bagi umat ini di setiap permulaan kurun,orang2 yang memperbaharui urusan agama mereka”. (HR Abu Daud) Beliau juga termasuk dalam manusia2 pilihan Allah seperti dalam firman-Nya yang berikut: “Allah menganugerahkan Al-Hikmah (pemahaman yang dalam tentang Al-Quran dan As-Sunnah) kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Dan barangsiapa yang dianugerahi Al-Hikmah itu, ia benar2 telah dianugerahi kurniaan yang banyak”. (Surah Al-Baqarah 2:269) So,nilailah kembali soalan benarkah Imam Syafei..tepuk dada tanya selera.Ketuk hati tanya iman.


 
Buang Yang Keruh Ambil yang Jernih

Mungkin pernyataan2 di atas agak keterlaluan dan aku tegaskan seperti pandangan bekas Mufti Muda Perlis,Dr.Maza, kita bukan me’maksum’kan Imam Syafei seperti kemaksuman yang dimilki oleh Nabi2 dan Rasul2 terdahulu. Namun, adalah lebih baik dan lebih selamat bagi kita untuk tidak membicarakan mengenai kecacatan dan kekurangan sedikit yang dimiliki oleh seseorang. Ya, wali2 Allah dahulu seperti Sheikhul Islam Ibnu Taimiyah, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna sendiri juga mempunyai kekurangan. Namun,bak kata Al-Syeikh Ibnu Jibrin, sumbangan mereka yang terlalu besar kepada kita seharusnya mengecilkan mata kita daripada suka melihat kesilapan2 kecil mereka. Orang Islam adalah orang yang suka melihat dan menghargai kelebihan orang lain dan tidak suka membicarakan kekurangannya. Ia lebih mendekati sifat manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menjauhi manhaj Khawarij. Ingatlah pendekatan manhaj Khawarij ini adalah salah dan berbahaya kerana sejarah membuktikan pendekatan sifat ini menyebabkan mereka sanggup mengkafirkan sahabat2 Rasulullah s.a.w seperti Ali bin Abi Talib, Muawiyah bin Abi Sufyan dan Amru ibnul A’s. Malah Imam Nawawi dalam kitab masyhurnya, Riyadhus Salihin menyusun 3 bab yang berbeza mengenai ulama namun secara umunya menggambarkan kepada kita mengenai peri-pentingnya pandangan kita terhadap ulama2 ini. Firman Allah: “Orang2 yang menyakiti orang2 yang beriman baik lelaki mahupun perempuan tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya merka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah Al-Ahzab 33:59) Mahukah anda menjadi seperti puak Khawarij? Oleh itu, pandanglah beliau malah semua orang Islam dengan pandangan yang sepatutnya.


 
Tawadhuk Menutup Kelebihan Diri

Mungkin Imam Syafei pernah menyatakan bahawa beliau tidak mampu untuk khusyuk dalam solat selama 43 tahun. Namun itulah yang sebenarnya merefleksikan ketinggian iman dan sifat tawadhuk yang dimilikinya. Bak kata pepatah Melayu, "Ikut resmi padi; Semakin berisi,Semakin tunduk”. Orang yang pandai tidak akan menyatakan dirinya pandai namun orang bodoh-lah yang menyatakan dirinya pandai. Orang yang sekalipun pernah mengatakan dirinya tawadhuk adalah orang yang sebenarnya tidak tawadhuk walau sedikitpun. Orang yang sebenarnya soleh tidak akan pernah memuji walau sekalipun akan ke’soleh’annya. Orang yang mencapai tahap kekhusyukan yang baik tidak akan terlintas di fikirannya untuk membicarakan kekhusyukan yang dicapainya. Allah berfirman: “Maka janganlah kamu sekalian mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertaqwa”. (Surah An-Najm 53:32) Dia tahu khusyuk itu soal Allah. Dia tahu hanya Allah yang layak mengiktiraf akan kekhusyukan solatnya. Malah tiada seorang di bumi ini yang mampu menggambarkan hakikat sebenar khusyuk itu! Oleh itu, sesiapapun yang telah mengecapi nikmat khusyuk berada bersama dengan Yang Maha Agung semasa solat, pasti Allah akan memberinya pula nikmat keikhlasan dan nikmat sifat tawadhuk dalam dirinya sehingga dirinya merendah diri di hadapan semua orang.Nabi s.a.w bersabda: “Dan tiadalah seseorang yang merendahkan diri kerana Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya”. (HR Muslim)

 

Jom Masuk Neraka Sama-Sama
Jikalau benar Imam Syafei tidak khusyuk dalam solatnya, mengapa Saudara B kita tadi perlu merujuk ketidak-khusyukan solatnya pada sang manusia itu. Ketidak khusyukan solat kita adalah dari kita sendiri dan tidak ada kaitan langsung dengan insan itu. Ringkasnya, mana2 kesalahan kita yang kita lakukan, tidak sewajarnya kita perlu mencari ‘backup’ atau orang lain untuk menyokong akan kesalahan kita. Dosa kita adalah dosa kita. Tidak perlu mencari suatu sandaran untuk memindahkan kesalahan kita kepada orang lain. Seolah-olah begini, "Kalau dia tidak boleh khusyuk, apatah lagi aku". "Kalau dia boleh mencuri, apatah lagi aku". "Kalau dia masuk neraka, apatah lagi aku”. Allah berfirman: "Sesungguhnya mereka itu akan dihancurkan kepercayaan yang dianutnya dan akan batal apa yang selalu mereka kerjakan”. (Surah Al-A’raf 7:139) Dia juga seolah-olah meredhai perbuatan yang tidak disuruh dalam Islam (yakni tidak khusyuk dalam solat) Firman Allah: “Dan tolong-menolonglah kamu dalam kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Surah Al-Maidah 5:2) Begitulah perumpamaan mudah bagi orang2 yang suka mencari geng akan kesalahan yang telah dilakukannya sendiri. Harapannya semoga orang2 yang suka ‘merujuk’ kesalahan mereka pada orang lain tahu akan ketidak wajaran sifat mereka itu. Berubahlah. FirmanNya: “Sesungguhnya(ayat2)ini adalah suatu peringatan,maka barangsiapa yang mengehendaki(kebaikan bagi dirinya),nescaya dia akan mengambil jalan kepada Tuhannya”. (Surah Al-Insan 77:29)

2 comments:

Azhar Al-Banna said...

ni post lame aku...

anon said...

best la post ni azhar..
byk manfaat...
jzzklh..

Teman Maya