10/13/2010

Jemaah : Tiada Teman Tiada Kekuatan

Keseorangan dalam perjalanan memang mengundang kepahitan

Memang lumrah kehidupan,

kadangkala bak sebuah kapal di tengah lautan,

tetap perlu gerak ke hadapan,

sungguhpun disambar ombak cabaran,

walaupun bergerak secara bersendirian,

perlu menuju ke tanah tujuan,

hatta dibekali penuh muatan,

tetap terasa sepi kesunyian,

inilah penggoncang keimanan,

tiada teman tiada kekuatan,

amalan tinggal kenangan,

dosa tidak sebagai sempadan,

sebaliknya menjadi kebiasaan,

berulangnya alasan,

tiada teman tiada kekuatan,

tetapi bagi insan pilihan,

keseorangan itu masa keemasan,

bagi meraih niat keikhlasan,

masa cinta-Nya dapat dibuktikan,

peluang merebut perhatian Tuhan,

keseorangan hanyalah ujian,

sebagai satu persimpangan kehidupan.

" Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan 'arashNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya....dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT" ( Riwayat Muslim)

Kita kapal bukan kayu balak. Balak itu besar, tetapi tetap hanyut jika dibawa arus. Kapal balak-kah kita ?


Inilah tujuan kita ; kapal yang sampai pelabuhan.

No comments:

Teman Maya