10/29/2010

TANGGUNGJAWAB : Kau Tanggung Di Dunia, Kau Jawab Di Akhirat !


Tanggugjawab sebagai pemimpin perlu diteruskan hatta gagal dalam akademik sekalipun. Penyelesai bukan pada letak jawatan. Tapi, ada pada Allah. Topup your Iman, Upgrade your Amal !

Tersebutlah al-kisah Musa a.s dalam lembaran Quranul karim. Maka, tercatatlah

“Pergilah kepada Firaun; sesungguhnya ia telah melampaui batas. Musa berkata: “Ya Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku dan jadikanlah untukku seprang pembantu dari keluargaku (iaitu) Harun saudaraku. Teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia dan jadikanlah dia teman dalam urusanku agar kami banyak bertasbih kepadaMu dan banyak mengingatiMu. Sesungguhnya Engkau Maha Melihat kami.” Dia (Allah) berfirman“Sungguh, telah diperkenankan permintaanmu, wahai Musa.” (Surah Taha 20: 24-36)

Tatkala hari ini ramai orang merungut dan mengeluh apabila ditugaskan sesuatu tanggugjawab yang berat, tatkala itulah Allah mengajar kita solusinya. Doa pembuka bicara sperti di atas yang biasa kita amalkan rupa-rupanya mengandungi jawapan yang dicari. Hanya malas mentadabbur menjadi hijab mata hati kita dalam memahami ayat Quran.

Musa a.s seorang yang sangat berbeza dengan raja keparat wa karat, Firauan. Bukan nak dibezakan umur, harta ataupun kedudukan. Tetapi, kefasihan lidah yang menjadi garisan tengah antara 2 watak dalam kisah epik tersebut. Seperti Barack Obama, Mahathir dan Anwar Ibrahim, Firauan merupakan seorang pemidato yang hebat. Sudah lumrah, seorang ketua negara memang ada lidah yang menarik perhatian. Beza pula dengan kekasih Allah, doa pelancar bicara di atas menjadi bukti antara kelemahan dalam berbicara yang dimiliki Musa a.s.

Namun, kekurangan bukan alasan. Amanah tetap perlu dibuat. Maka, Musa a.s tidaklah merungut, mengeluh malah menolak tugas yang diberi. Doa dikalimahkan di lidah memohon pertolongan Allah. Sahabat dipinta dalam menemani bagi mengurangkan beban kerja . Jika yang berdoa seorang yang kuat hubungannnya dengan Tuhan Yang Esa, maka pemakbulan doa adalah jawapan terbaik.

Kisah ini baik buat para perungut, para pengeluh malah para pengecut yang mudah sahaja mengalah tatkala tugas telah digalaskan pada bahu mereka. Dek kerana kurang pengalaman, para pemimpin muda seringkali tarik diri bila tanggungjawab membeban diri. Diri dipilih setelah rela menghantar diri ke tempat interview. Maka, kenapakah anda berputus asa saat kerja mula menggunung?

Lihat sahaja Musa a.s. Baginda bukanlah peminta jawatan seperti kita. Tugas Rasul pilihan Allah. Namun, dirinya lebih ‘cool’ bila senarai gerak kerja diberi. Kita pula bagaimana? Yang ringan diambil, yang berat, selamat tinggal.

Maka, kita tanya apakah solusinya. Berdoalah dan carilah teman.

to be continued...

2 comments:

sisIzzati said...

terkena batang hidung.hmm

takut memegang amanah dunia
kerana kena bawak smpi akhirat

Azhar Al-Banna said...

kadang2 rasa menyesal kenapa menyibukkan diri dalam dunia society di dunia ni...
tp, kadangkala jua rasa bersyukur ade gk terlibat dlm dunia cmtu..
hanya mengharapkan bimbingan Allah dlm setiap tindakan dan keputusan...

Teman Maya