12/28/2011

8 Perkara dalam Kenangan 2011



1. Pemergian Sahabat Baikku

Saat ini merupakan saat yang paling pedih dan sukar untukku terima. Pemergian seorang sahabat baikku, Muhammad Kamalhadi bin Rosli yang telah ku kenal sejak kecil memang menyentap perasaan ini. Dari sekolah rendah kemudian ke sekolah menengah dan seterusnya ke sekolah berasrama penuh dan terakhirnya memasuki alam universiti. Selain Muhammad Hakim bin Ibrahim, beliaulah teman di kala aku susah dan senang. Beliau telah pergi pada tarikh 24 November 2011 pada malam jumaat.

Kamalhadi ( orang keempat dari kanan ). Gambar diambil semasa program kepimpinan di
SMK Bandar Tasik Kesuma. 
2. Program Pengantarabangsaan ke Cambodia

Program ini merupakan program yang paling bermakna dan bersejarah bagi hidup aku. Taklifan aku sebagai Program Manager memang benar-benar telah  mengajar aku banyak perkara dalam kehidupan ini. Maknanya program ini bukanlah semata-mata pada tarikh 14-20 Jun 2011 (semasa berada di Kampuchea) tapi bagiku adalah pada waktu-waktu sebelum ke Cambodia. Bermula pada 11 Oktober 2011 di saat penstrukturan semula organisasi program ini hingga saat-saat selepas Majlis Penghargaan pada 21 Jun 2011. Pelbagai gerakerja telah diusahakan. Dalam gerakerja itu, pelbagai kenangan pahit dan manis telah terukir.

Gambar diambil semasa pagi terakhir di perkarangan rumah
Mufti Poi Peit Cambodia.
3. Kem Tarbiah

Dalam tahun 2011 juga, aku takkan lupa segala kenangan dan pelajaran yang aku belajar dari sebuah program ini. Selama seminggu, memang peserta betul-betul ditarbiah. Menangis sudah menjadi lumrah sepanjang perjalanan kem itu. Slot yang paling takkan ku lupa adalah slot di mana peserta-peserta yang lain diberi peluang untuk menegur aku. Keras atau lembut, berhikmah atau tidak, itu semuanya tidak penting. Slot itu benar-benar memberi kesan yang terbaik dalam hidup.

Kem tersebut berjaya dalam menyatukan semua konsep tarrbiah
untuk ditanam dalam diri peserta. Serik aku nak sertai kem-kem sebegitu lagi !

4. Mengenali Dunia Baru

Entah mengapa tahun 2011 aku menemui dunia baru. Allah mula merapatkan aku dengan hal-hal berkaitan munakahat. Alhamdulillah. Dalam menambah kafaqihan diri dalam isu-isu berkaitan munakahat seperti khitbah, nikah, kekeluargaan, kewangan, psikologi dan bermacam lagi, Allah masih tidak lagi mencampakkan aku dalam lembah kelalaian. Aku sedar tahun-tahun sebelum ini aku jarang memperkatakan mengenai perkara ini. Mungkin aku sebenarnya semakin menuju ke arah itu.

Cinta itu Haram ?
Tidak !
Couple itu yang Haram !
daripada Couple, baik ber-Tunang terus.
5. Sambutan Hari Lahir di Hospital

Berbeza pada tahun-tahun sebelum ini, sambutan hari lahirku kali ini memang luar biasa. Penyertaan aku mengikuti Team FRC Nilai untuk suatu program motivasi di SMK Tun Perak Melaka bertukar suatu tarbiah di Hospital Besar Melaka. Dengan tertinggalnya Inhaler Asma aku di rumah, telah menyebabkan aku meringkuk selama 3 hari 2 malam di sana. Paru-paru ku telah dijangkiti kuman setelah 3 kali Rawatan Nebulizer dan X-Ray dilakukan. Walaupun terasa sedikit ‘bangga’ sebab akulah satu-satunya orang muda di wad lelaki, namun persekitaran aku yang dikelilingi oleh orang-orang tua yang pelbagai ragam dan penyakit serta sering dikunjungi oleh doctor dan kakak-kakak jururawat yang baikhati, memang telah memberi macam-macam perkara yang aku boleh belajar. 


5 Ogos 2011 aku tercampak ke hospital ini. Ibubapa aku langsung tidak tahu.
Menyambut ulangtahun ke-20 dengan bermacam kerenah manusia.

6. Program Karnival Remaja di Taman Bukit Kuchai

Bagiku, ini adalah antara usahaku yang terbaik dalam membawa sedikit perubahan dalam masyarakat di kawasan perumahan aku. Dengan kerjasama yang sangat baik dalam Team MRC CFS IIUM, kami telah Berjaya menganjurkan program universiti ke luar kebiasaannya. Dengan konsep Mahasiswa Turun Padang, kerjasama dengan Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas Taman Bukit Kuchai memang mengajar kami banyak perkara.

Salah satu pertandingan yang diadakan semasa program tersebut ialah
Futsal yang telah berjaya menyatukan pemuda-pemuda di situ.
7. Tamat Asasi dan Mula Ijazah

Tarikh 6 September 2011 menjadi tarikh permulaan baru dalam hidupku. Dengan pelbagai catatan hidup sepanjang dua tahun zaman asasi, aku melangkah ke menara gading. Teringat kembali aku merubah keputusan untuk mendaftarkan diri dalam UIA dengan masa tinggal seminggu sahaja lagi. Sebelum itu, aku dah nekad untuk menyambung pelajaran ke sebuah kolej swasta dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. 2 tahun di Malaysia dan kemudian 2 tahun di USA. Foundation dan Degree dalam 4 tahun. Pembiayaan oleh MARA. Memang terbaik tawaran itu tetapi alhamdulillah terbaik lagi hidup di UIA walaupun makan masa 6 tahun.

Menara Gading: Segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekatronik dan Anugerah Royal Award
menjadi target. Semoga ibubapaku, adik-beradikku dan isteriku dapat melihat graduasi aku kelak.

8. MRC Leadership Training Workshop 2011

Bagiku program ini merupakan bengkel kepimpinan yang paling terbaik selepas Kem Kepimpinan Ketua Pelajar SBP 2008 yang lalu. Diadakan di Impian Morib Resort, program kali ini padat dengan aktiviti keseronokan yang penuh pelajaran dan hikmah sehinggakan kami berjaya mengaplikasikan modul dan aktiviti ke dalam program kami yang lain seperti di KESUMA, Al-Falah dan di Cambodia sendiri. 


Salah satu aktiviti semasa di LTW adalah membina
Menara Batang Paip dalam swimming pool.
Sekian, cerita ringkas tahun 2011 aku. Semoga 2012 datang dengan penuh macam warna-warni cabaran. Mengharapkan agar diriku lebih baik dengan menjadi lebih bertaqwa. Amin.



4 comments:

Azhar Al-Banna said...

*bukan 11 oktober 2011 tapi 11 oktober 2010...

AHMAD NAIM ABD MUBIN said...

LTW paling best :D

nurfaezza said...

no 4 tu betol ke??

Azhar Al-Banna said...

naem : yup, LTW memang terbaik..

kak faezza : eh2,salah la...

Teman Maya